Sunday, October 31, 2010

saye ditagged!

Posted by norzillawatie binti zahidin at 8:02 PM 0 comments

trime kasih kepada mimi ngokngek ni sebab menyusahkan saye untuk mencarut dalam soalan2 die
xpe saye pon sanggup bersusah payah ni taip untuk di postkan

1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?
famili

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
sayur ngan telor

3. Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
tema?musical marriage!hahah..
tah,di tepi pantai yang indah kot

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
ha?saye tak paham bahasa ni

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
kalau bole la sbole2 nye la

6. Dimanakah korang selalu jumpa kekasih korang?
bawah kipas.dalam almari.dalam henpon!

7. Novel/buku/majalah terakhir yang dibeli?
kreko

8. Apakah nama penuh korang?
seroja cantek bak kenanga menguntum

9. Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
mak le

10. Namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?
emm.late father.ZAHIDIN IBRAHIM

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
ye saye

12. Dimanakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
korea

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
hug hug!

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag.
kau ni mmg betol2 la..

15. 5 benda yang paling disayangi dalam hidup ape eh?
henpon
lappy
cici bebear
strawberry pillo
ring

16. Lagu yang paling suka dan selalu dengar.
untuk mencintaimu-seventeen

17. Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
2 mei.em kat Taman Budaya Ipoh

18. Rakan blogger yang korang nak tag :

Friday, October 29, 2010

karoke lagi

Posted by norzillawatie binti zahidin at 4:19 AM 0 comments


saye akan masuk lagi pertandingan karoke di azmi tomyam,lumut
hoho.masalah nak bawak lagu ape kot..adeyh
tapi ade da dalam list
+mama aku ingin pulang+
+camar yang pulang+

ah sumenye dok pulang
last2 lepas saringan aku blah xpulang2 g final
menseru sume supaya datang support aku
*sekian*

Wednesday, October 27, 2010

cried

Posted by norzillawatie binti zahidin at 11:12 PM 3 comments


*tibetibe aku nangis sorangsorang*
apsal aku pun tak tahu
sedeh+sebak

T.T


+end+

abc frado

Posted by norzillawatie binti zahidin at 7:51 PM 1 comments
kenape la gamba ni kecik sangat pulak.ok.wateverlah.one of my excourse mate di UitmPP dahulu kala mentagged kan ini pada saya di kala saye lapar dan perut bergeroncang berombak2 and pergh sedap.dan ia mendapat perhatian kawan2 saye yg lain out there.they knew it from fb la of kos.tempat penyebaran maklumat paling cepat and pantas.tengs 1000x to fb.rupenye my housemate si ili sangat kenal akan ini abc frado yg rupenye very well known di seksyen 2 shah alam. well, my fren tu,fiq pon dok sana and study sana.he introduced to me this abc and i and nana yg dok sebelah menyebelah yg masih lagi tak beradu da macam *gulp* *gulp*!how come la mamat ni tag kat aku time2 camni.hoho.
]
tibe2 ili datang tanpa diundang ke bilik mengkisahkan pasal abc ni.rupenye owner die adelah her farther's bff.lah katekan.ceyt.tempat ili blaja tusyen ngaja blaja sume.wah kau da merase dulu la frado abc ni.hum.

so, aku tetibe macam da terpikir nak jugak buat bisnes abc.hahaha.tibe2 one day aku bukak depan umah sewa aku ni,tup tap tup tap da bole pakai swift sebijik.ceh!bapak laku abc aku.hahah.akanku namakan abc aku masa tu "abc godzila" bia kasi meremang sket bulu2 kome. lebey2 plak aku ni berangan.but the thing is,biala aku nak merasa dulu abc frado ni dengan jayanye di Shah Alam nanti baru bole pikir macam2!ah sedapppp!slurppppp!

adidas shoes

Posted by norzillawatie binti zahidin at 7:46 PM 0 comments

where can i get these shoes??ADIDAS..dalam Malaysia da xde. so, one of my fren sangat la addicted pada these shoes and die nak sangat watever the price. so, he asked me to find it out of country. so whoever yg ade fren kat oversea yg bole crkan kasut ni sile la kasi tau saye. plish. need ur help.asap.before kehabisan stok.i really like the pink one.

.tq.

i.s.y.s.m~!

Posted by norzillawatie binti zahidin at 7:40 PM 0 comments




Flash Toys at WishAFriend.com

Tuesday, October 26, 2010

tsunami lagi di kepulauan mentawai

Posted by norzillawatie binti zahidin at 8:34 PM 0 comments


JAKARTA: Ombak tsunami meragut nyawa sekurang-kurangnya 113 orang, manakala 502 orang yang lain dilaporkan hilang selepas melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, semalam, berikutan gempa bumi yang kuat meratakan sejumlah kampung di tepi pantai. Usaha mencari masih diteruskan di kawasan terjejas teruk iaitu di Pulau Pagai Selatan, Pulau Sipora dan mukim Sipora Selatan.Kebanyakan bangunan dan kediaman di kampung Betu Monga musnah, kata pegawai di pejabat wilayah Jabatan Perikanan, Hardimansyah.

“Daripada 200 orang penduduk kampung hanya 40 saja ditemui. Seramai 160 yang lain dilaporkan hilang, termasuk wanita dan kanak-kanak,” katanya.

“Kami menerima laporan daripada penduduk bahawa mereka gagal menyelamatkan anak masing-masing kerana pukulan ombak terlalu kuat. Kebanyakan penduduk yang ditemui dalam tangisan mengenang kehilangan sanak saudara mereka.”

Hardimansyah berkata, 80 peratus dari rumah di kampung itu musnah dan bekalan makanan hampir kehabisan. Seorang pegawai badan bukan kerajaan Yayasan Citra Mandiri Mentawai, Rachmadi, berkata sejumlah kampung di di pantai barat Pulau Pagai Selatan rata dipukul ombak.

Polis di Mentawai berkata, pihaknya bersama sukarelawan sedang mencari mereka yang hilang. Pos bantuan bencana juga sudah didirikan bagi menyalurkan bantuan.
“Kami menjangka ramai penduduk akan memerlukan makanan dan tempat berlindung. Hujan sudah mula turun lebat dan angin sangat kencang di sini,” kata Ronald, pegawai polis di daerah Sikakap.

Ketua pusat menangani krisis di Kementerian Kesihatan Indonesia, Mujiharto berkata ombak tsunami yang melanda kepulauan Mentawai itu adalah setinggi tiga meter.

“Kebanyakan kawasan terbabit tidak mempunyai ramai penduduk. Namun pihak kami menyediakan 200 beg mayat.”

Gempa bumi lewat kelmarin yang mencetuskan tsunami berkenaan berukuran 7.7 skala Richter dan berpusat di dasar laut 78 kilometer di barat Pagai Selatan di kepulauan Mentawai.

Gempa bumi itu berlaku di garis gelincir sama dengan gempa bumi 9.1 skala Richter di Aceh yang mencetuskan tsunami besar di lautan Hindi pada 2004 hingga meragut 230,000 nyawa di berpuluh negara.

Kepulauan Mentawai yang dapat perhatian mendadak berikutan tsunami terbaru ini sudah lama menarik pelancong tetapi sudah mula dilupai.

“Pulaunya dengan pasir putih, sangat indah tetapi sepi. Pengunjung di sana seolah-olah memiliki pulau itu,” kata seorang pelancong yang baru kembali dari bercuti di kepulauan berkenaan.

Keindahan Kepulauan Mentawai memang dianggap luar biasa. Pasir putih menghampar, laut biru berhiaskan terumbu karang. Sementara kesenian penduduknya terutama suku Mentawai dikenali di seluruh dunia.

Pulau utama di kepulauan Mentawai ialah Pulau Siberut. Feri dari Padang boleh menghantar pengunjung ke sana dalam masa 10 jam.



Monday, October 25, 2010

fotogik

Posted by norzillawatie binti zahidin at 8:27 PM 0 comments
mmg aku xde motif nak buat benda ni
so jangan complain lawa ke x
ko nak lawa2 kau g hollywood bawak taylor swift or kate perry jadi model ko
xpon pi india pi jumpe rani mukherjee or kajol tak pon manisha koirala
tu pon kalau diorg nak jumpe ko



aku



penagih




fotogik


*so aku tak bole buat ape2 da melainkan menggeletis depan camera*

metro bongek

Posted by norzillawatie binti zahidin at 11:30 AM 0 comments
saye terjumpe keratan ni di laman2 sooo SIAL..hahah..mmg klakau la dok baca cerita menggeletis ni. siyes lah klaka. kau memang bole masuk raja lawak astro.silekan silekan. kabar cerite akon kawen pon lagila klaka anak tekak dok gelak pecah perot. ceyt! sape la edit ni mmg aku tabik tabau la kat kau. syabas. anda berjaya buat orang gelak pada anda.haha. silekan bergelak tawa sekalian rakan dan saing2 yang dok baco blog kawe.akon akon. xde org len ke nak letak. zac afron ke adam lambert ke.haha.saya tak bole tengok lama2 paper ni. huhu.klaka wei.

Saturday, October 23, 2010

xoxo :p

Posted by norzillawatie binti zahidin at 9:27 PM 0 comments

Teddy Bear From WishAFriend.com


3 stages of life

Posted by norzillawatie binti zahidin at 6:58 AM 0 comments
nasihat untuk anda selagi anda masih hidup

Thursday, October 21, 2010

hepi buday enot and sahanum

Posted by norzillawatie binti zahidin at 9:16 PM 0 comments
hepi buday to enot and sahanum.syabas kerana anda ketepongan dan keteloran yang busuk hanyir pada petang itu.seronok main kejar2 macam main polis entry one to jaga polis mati pencuri jaga. haha. mereka sudah ke-19 umornya. so i wish dat all the ur dreams come true. i love u sisses.


May you live all the days of your life.


Flash Toys At WishAFriend.com

mah mah mah wat happened to u..??

Posted by norzillawatie binti zahidin at 8:12 PM 2 comments

apa ye nak jadi pada dunia kite sekarang. makin lama makin teruk. saya pon tidakla sesempurna mana. tapi tidaklah sampai nak menghina Islam. mule2 saya postkan Saleh George Samsa. sekarang saya postkan pulak berkenaan dengan wanita yg mmg xasing lagi sebagai salah sorg pemimpin negara kita iaitu Datin Rosmah Mansur wife pada PM kite skrg. well, sangat memalukan. how come bole buat fashion show Islamic tapi tak tau batas2 aurat. k xpayah sembang la pasal aurat aku sebb aku pon chrekk. tapi taula jugak. nama pon Islamic. you should kno. die da memainkan sensitiviti Islam di situ. mmg aku xlayak nk ckp pasal hal ni. but, nampak xkat situ.

tah korg sendiri pikirla...kalau nak tgok lagi detail
apakah?
so pikir2kanla..

ramai facebuker suh die minx maap balik pada sume umat Islam tapi die bertegas juge xnak.ape ke degil bobonar. ha, pastu die sikit punye kuat die punye stand xmau mengalah bile ade yang suruh die pi bertaubat kat masjid ape tah hari ni iaitu hari Jumaat..so harap2 die buatla.xkan Najib nak diam je kan?malu kot.anda pemimpin negara kalau tau pimpin negara xkan tak tau nak pimpin bini..umah kata pergi kubor kata mari..renung2kanlah ye. xda syarat nak mati.anytime and anywhere.


korang tgok.manalah tak menghina Islam. dala fashion Show Islamic..see..camane pakaian die..pastu ade ke patut nama Muhammad tu dietrbalikkan pastu letak sesuke hati je kat kain baju tu tang dada. apsal la otak pendek sangat akalnye.camane lah kau bole jd bini PM.yela da jodoh kau. korang2 yang ade nama Muhammad ni tolongla kesah2kan sikit pasal ni. macam dipermainkan sesuka hati je. Muhammad tu kan maksud terpuji jadi haruslah diletakkan di tempat2 yang terpuji. nauzubillah lah mah mah mah.

i'm very pity of u.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


ohzila

Tuesday, October 19, 2010

aku benci bile privacy aku dicerobohi

Posted by norzillawatie binti zahidin at 9:32 AM 0 comments


sakit hati mmgla sakit hati.sape suruh kau tengok mencaricari mamat tuh.kalau boleh ex ex kau pon aku cari pastu aku serang amacam? kau bertindak bodoh la. mensebabkan aku jadi biol, samdol.nasib je xmcm toyol.elok2 aku bergembira kau buat aku hampa sadis bagai. elok2 aku nak study, kau buat aku jadi bengong dan bongok paling dalam dunia.aku jadi macam tak boleh berpikir macam makan sekati otak udang.

kalau camtu ungkitla sampai kau kawen xpon sampai da beranak pinak bercucucicit.ungkit selagi kau hidop.perangai ape pon aku tak tau kau ni mensebabkan aku rasa da give up dengn cara kau treat aku.mmg kau treat abis baik tapi bile dapat point kat kau nak kenakan aku kaula paling superb dalam setiap sudut cakerawala berpetala luasnya langit.

aku rasa macam hampagas kiri kanan depan blakang setiap masa kalau kau xberubah. seyes shitlah.ape kau nak pon aku xtau weh.rimas pon ade.bukan ape.aku yg sakit at lebih2 kau mana penah pikir. tiap kali da menangis abru nak hulur tangan nak berdamai konon.

kau pi la cari insan yang baik di luar sana atau dalam KPM pon xpe.sebab aku jd benci dan sangat sakit at yang teramat2.kau penceroboh.aku ade penah ke nak cek2 ym kau ke ape ke.tolong jgn wat pekara aku benci or else aku benci kau tros.tahla.aku benci.

end.


ohzila

paramore

Posted by norzillawatie binti zahidin at 5:29 AM 0 comments
paramore

sile beri perhatian.saya sangat minat akan mereka.Hayley.bukan kakak saya dan tiada sebarag relationship ngan die. watever lah. btw, the Brick by Boring Brick has broke my voice fall apart onto the stage to sing the song. It was the battle of the band at UniKL mimet. konsert nye dengar cerita di KL sangat boom and bang. apa bole buat. tiket paling murah punye pon saye tak bole nak beli.hahaha.xpela.well, there's a lot of people out there spent their money for you Hayley but i'm not. I guess if you can spend your money for me someday. hahaha.agak2 da aku ni. who knows??tapi saye xdelah membanggakan sangat artis ni. cume sekdar minat2 gitu aje. just the song. bukan artis oke. nak minat music oke, tapi jgn bangga2kan artis ok.


-peace no war-


ohzila

sorry

Posted by norzillawatie binti zahidin at 12:28 AM 0 comments
plz. stay away from me. i need space and i have my own space. there's no one there because it's mine. i can't be yours. you never be mine. we're fren before but not now until the end of the days. we both are nothing from now on. i love him and he loves me. he's everything to me because he always there for me. i'm so sorry for dat.



ohzila

Monday, October 18, 2010

polis mesra kah?

Posted by norzillawatie binti zahidin at 8:53 PM 0 comments

ade satu perkara yang merenyakkan hati masa aku buat repot polis berkenaan kehilangan ID kolej aku di BALAI POLIS DAERAH PERAK TENGAH yg agak besar ye bangunannya semalam. aku rase sume org tau moto mereka yang hebat bunyinye itu "MESRA CEPAT DAN BETUL" wateverlah maybe something like that la but aku nak pointing kat sini the word of "MESRA".ok. mereka mesra lah sebab aku tanye diorg jawab, diorg tanya aku jawab. ok mesra kan.ok..lets see..

Polis pempuan : KPM pon kena buat repot ke bile kad matriks hilang?

aku : ye.mmg kena buat.lagipon saye nak final.

Polis pempuan : bile hilang?

aku : lama da but saye pon xprasan. saye prasan minggu lepas la masa nak amik test.


pastu pempuan tu bersembang plak ngan staf sekerja die..

polis pempuan : entah pape je nak kena buat repot. ngat kite ade masa ke nak siasat benda remeh pasal kad matriks diorg hilang.KPM ni mmg banyak masalah la.salu tau camni.KPM mmg bermasalah. (ok.hati aku da panas..)

polis laki : xpela.nak buat camane.buat jela..(something like dat la..)

polis pempuan : xdela. UTP, UiTM xde pon sampai nak buat2 repot sume.diorang kolej je bukan universiti pon..

perempuan ni da over mulut longkang!
ok perempuan ni da stat bg ak menggelegak.mmg ak nak hangin kat situ tapi tu kat tempat diorg.cam celaka la.ape kau ingat taraf kolej tu rendah sangat ke. ala.helo.kakak.kau tu bukan polis yang berjaya pon stakat duduk kat situ merangka karangan nak buat repot org adik aku pon bole. kau xde hak nak menuding kitorg student kolej yang mmg standard kolej je and tak setinggi U. at least kitorg blaja la kakak. xpayah lah nak dok jadi labelistik kat sape2 memandangkan kau tu bukan sape2 and kalau stakat ade kuasa atas nama polis kau ingat aku takut. kau ingat mulot kau sorg je ke xde insurans. aku pon tau U tu bagus dr kolej.but kau ingat sume dak2 U tu score ke? and kau ingat dak2 kolej ni cokia sangat ke. tolong k. xtau ape2 jgn main ckp sembarang.kalau tempat tu bukan balai polis namanya kau tua ke muda ke lantak kau aku cabai mulot kau.perempuan tua.





ohzila

i kno i can do it!

Posted by norzillawatie binti zahidin at 8:40 PM 0 comments


saye sangat seronok.gembira.hepi.sebab saye da bjaya melakukan coding html yg hebat.hebat ke?xpon.tapi saye tau saye bole buat.bukan copy semata kat org2.maap.malas bukan style saye.and saye bukan nak blaja kerana nama tapi saya nak blaja sebab saye nak blaja and for my future and my famili.jgn ckp sembarangan kalau xtau ape2.thanks 2 miss hasnah coz believe me dat i can do on my own.credit 2 u!wakaka ea ea!


ohzila

Thursday, October 14, 2010

pikirpikirkanla

Posted by norzillawatie binti zahidin at 10:50 PM 0 comments



kadangkadang hati banyak susah




kadangkadang macam jatuh ditimpa besi ditimpa hujan
bala menimpanimpa sampai korek hidong dalam2 pon ta guna




pastu dipersalahkan tetiba tanpa asalusul periksa pon ade
lastlast merana freefree kat dunia




tengok.orang lain yang susah hati. cmane nak buat.



korang tak keisan ke




ayam menang kampung tergadai
(betolke quote aku nih)




time ntahntah buat keje haram pon dikira halal
kalau da hancor hidop camnila




tu la pasal. nak buat apeape pikir dulu baik buruknye



time ni bawakbawakla beringat kat atas tu



paling penting ingatlah orang yang tersayang


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

apepon hidop kena tau susah gak jangan tau senang je memanjang
dalam hidop sume akan rase
susah senang miskin kaye nasib baik dan malang
pikirpikirkanla dan renungrenungkan
selamat beramal!!

Wednesday, October 13, 2010

aku kan...

Posted by norzillawatie binti zahidin at 7:05 AM 2 comments


aku malas
aku menyampah
aku muak
aku nak muntah
aku nak luah
aku xdapat
aku simpan
aku pendam

lastlast

aku meletop

nak???

Tuesday, October 12, 2010

al-fatihah intuk ibu mira nadia

Posted by norzillawatie binti zahidin at 8:24 PM 0 comments

jumaat 8 okt 2010
hospital slim river

aku pergi melawat mak pada kawan aku amira nur nadia yang sakit kanser paruparu. bersama mira, zuher, combi, afiq, ainun, anum and nabil kami berkonvoi dari seri iskandar ke slim river. melihat satu tubuh terkujur kaku membuat kan kami berasa sangat simpati apa yang menimpa keluarga mira lebihlebih lagi si penanggung sakit ibu mira.

kami hanya mampu mensedekahkan bacaan ayat suci al-quran da yasin beserta doa yang mengharapkan agar Allah swt memberi sedikit ruangan untuk ibu mira sembuh dan dalam keadaan baik.

kemudian kami pon pulang di malam hari.


isnin 11 okt 2010

aku and nabil bertolak dari seri iskandar menuju ke slim river untuk menghantar mira kepada keluarganya sebab mira tak sanggup ank tinggalkan ibunya dalam keadaan tenat dan nazak sebegitu. gara-gara ada masalah kereta yang sepatutnya kami bertolak pada waktu petang membuatkan kami mempostponkan masa sedikit ke malam hari.

driver aku. so aku agak susah hati kalau sampai lambat. so dalam pukol 11. 25pm kami sampai di hosp slim river. samasama naik ke wad dengan hati yang tak senang. takut. entah knape. ya Allah. kenapa ni? apa sebenarnya.

sampai kami di wad, ade makcik2 mira yang sedang bersembang duduk di tepi katil menjaga bonda mira yang doktor kata hanya kesekian hari yang xpunya banyak masa lagi untuk pergi. doc sudah tak mampu untuk berbuat apa2. sesampai je di sana aku pon melakukan solat isyak dan bacaan yasin untuk mama mira.

tiba pada suatu ketika...

12 okt 2010
selasa

ada seperti bunyian tulang2 yang agak kuat kedengaran dari bilik air masa aku amik wuduk..astaghfirullahalazim..mungkin inilah sakaratulmaut yang dikatakan...aku bergegas panggil misi on duty 4 dat nite, mata ibu mira da berkedip selajulajunya sambil bergenang airmatanya mungkin menahan sakit, bibir berketap2..lailahaillallah..kami sma2 mengucapakan kalimah tersebut di telinga ibu mira..aku membaca yasin..mudahmudahan kurang sakit untuk ibu mira hadapi..

sehabis aku membaca yasin tidak berpaa ketika aku tengok meter jantung makin lama makin nampak garisan panjang..makin lama makin panjang..ya ALLAH memang tunggu masa dan beberapa ketika sehinggalah ia menjadi garisan yang terus dan panjang..

innalillahiwainnailaihirojiun...

ibu mira dah xda. aku terkelu..adikberadik mira sungguh2 memeluk ibunya..ibunya meninggal di sisi anakanaknya..ya Allah..xsamapai sejam kami sampai ibu mira dah pergi buat selamalamanya..Ya Allah aku bersyukur sebab aku sempat bawa mira melihat ibunya buat kali terakhir..syukur..

tepat jam 12.22 pagi, ibu mira telah pergi mengadap Ilahi..marilah sama2 kita sedekahkan al-fatihah mudahmudahan ibunya ditempatkan di kalangan golongan orang yang beriman dan beramal soleh dan terlepas dari azab kubur..amin~~

keesokan paginya..

mandikan jenazah dibuat di bilik mandi mayat di hosp sahaja dan dibawa balik sekejap di rumah mira sendiri untuk tatapan buat kali terakhir di rumah dan disembahyangkan di masjid yang berdekatan..ya Allah kau cucurkanlah rahmat ke atas Allahyarhamah...amin~~

tak lama kemudian miss farah dan miss zura datang dan rakan2 sekelas serta staf2 KPM datang sebas bersama rakan2 kelas yang lain. ini juga adalah untuk memeberi semangat pada mira supaya die kuat menghadapi dugaan dan tabah. kehilangan ibu adalah kehilangan yang besar bagi sebahagian besar anak2 terutamanya anak2 perempuan. aku nangis. aku taknak hilang mak aku. even aku salu gado besar ngan mak..mak ampunkan along ye..along sayang mak..

kemudian dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan. bacaan talkin diperdengarkan untuk semua membuatkan diri merasa sedikit keinsafan. Ya Allah ampunkan segala dosa2ku ya Allah..
semuanya sempurna..kemudian kami pun pulang dan mengharapkan agar mira tabah dan kuat.
sama2lah kita sedekahkan surah al-fatihah kepada ibu mira..amin~~


al-fatihah

Thursday, October 7, 2010

muto merce!

Posted by norzillawatie binti zahidin at 8:11 PM 0 comments
esaimen agama dah pon siap mata pon dah liplapliplap dah macam panda menahan tidor bermalaman 2 hari yang mengenangkan nasib tajuk agama yang agak complicated iaitu "Taubat Kembalikan Kemerdekaan Insan". bersengkang mata berkangkang ketiak berlumuran keringat dalam pale otak yang dah tepu tak boleh beridea menandakan oh kepala sudah jem. ram da makin slow hardisk otak da makin sempit dan perlu diformatkan dengan tidor berterusan 28 jam barangkali baru otak berjalan lancar dan lincir.

nak mengarang blog pon da macam xbole cakap ape nak cetus idea nak kluarkan cerita pun sdikit rumit seperti payahnya nak beli setem kat pekan nak antar surat sebab duduk di hujung kampung. lagi bertambah kusut masai pale otak macam penggosok periuk liukliuk dawainye bile telinga menahan kebisingan yang kalah pasarmalam hari rabu di pekan seri iskandar.

tapi kelegaan dan kemerdekaan dari mencoret esaimen yang penoh makna dalam hidop sangat memberi makna terulung sebab da tak perlu lagi nak tidor lewatlewat melainkan aku sendiri yang nak tidor lewat dan berovernite malammalam hari. sekarang pon da tak boleh nak berjalan sangat sebab musim test and exam and final pon semakin mendekati diridiri yang belajar di KPMSI.

si mata sepet berambut trojan berbucu tajam berperut sedikit buncit da sekarang siapa lagi kalau bukan mista nabil sangat banyak membantu dalam pembuatan esaimen agama jadi saya mengucapkan sekalung penghargaan terima kasih kerana pertolongan anda yang unlimited tuh. da macam heaven gile da life ceh padahal baru bebas dari genggaman esaimen yang penoh dengan lava ilmu. muto merce!

cukop!xpayah sembang kuatkuat!


Tuesday, October 5, 2010

raya di kolej

Posted by norzillawatie binti zahidin at 10:32 PM 0 comments
hari raya di kolej yang biasabiasa aje yang penoh dengan ucapan raya yang bagi aku setakat nak cukopkan korum aktiviti pada hari itu. aku baru je dapat gamba ni. so, tengs apis. feel nak raya pon tadek da sebab masa tu penin pikirkan test and esemen yang xsiapsiap agi. kalau nak tahu draf aku dan kamikami yang lain telah direject. tangkiu ustazah. i lep u so much!saje mahu mencapap gamba di sini. memperkenalkan dari kiri iqwat fahmi MBB, amer KBB, berbaju kurun hitam and sweet, aku lah of course and mista nabil.

+dats all+



Sunday, October 3, 2010

taubat

Posted by norzillawatie binti zahidin at 11:31 PM 0 comments


ohtidak. aku baru tahu esemen agama kena hanta minggu ni setelah berbulan aku simpan dan ternak dalam fail aku yang tak dibukakbukak. ambik hang. memang kena cari source lah at least 3 buku. mana nak cari pasal TAUBAT. ha tu la pasal. ustazah kasik tajuk plak xnk sentap plak aku. TAUBAT TAUBAT. tolonglah datang kesemangatan nak study nih. tahu ke tak test agama juge minggu ni and tahu tak ade 8 topik yang masuk. mmglah ram otak aku ni powerful boleh simpan sume datadata agama yang 8 topik tuh. mmg da mcam mesin basuh da kepala aku nih. kena cuci pale otak dari segala pk macammacam pasal dunia sebab kena baca ilmu agama yang menuju ke akhirat. xpela. mmg patot pon. supaya timbolla kedisiplinan yang tah pape pada aku ni.

esemenesemen, kenapa la aku tak buat awal2. bagusbagus. tahu tak juge aku kena hantar draf dulu baru leh wat esemen. mamposlah tak anta sebab mampos la nak dapat kosong. telor ayam. hantu la. ustazah maapkan saya, ari rabu ini saya pasti akan hantar. esok cuti tapi xcuti. paham? maksudnya, esok cuti daripada segalamala kelas dan kuliah tapi tak cuti sebab kena datang kolej untuk sambut hari raya yang dah sebulan habis hampirhampir. apela. mmgla kueh raya aku ade lagi tapi tapi sape da la ade mud nak sambut raya.

pakcik jusoh mahu sambut raye bersamasama studentnya biarlah. kami kan anak2nya. mmgla macam nak cukup syarat aktiviti kolej je nak sambut raya ni. entah apela..so minggu ni minggu agama aku. aku perlu berbuat baik sesama insan di sekeliling untuk mendapat hidayah. ape kes. kau nak buat agama baru nak buat baik. kalau tak bukan ke kau salu buat taik.hahaha.ceyt! alah. aku bukan salu buat jahat pon. aku bukan jenis suke buat jahat oke. org buat jahat kat aku adela.aku pon hidop cam orang biasa. nakalnakal sikit tu adela.

so kau orang sana dan sana yang baca blog aku ni tau tak asal time nak buat esemn je, aku xleh stop berfesbuking. i'm sloth ok. adoy. kaif. wat should i do??baca doa??insyaAllah. tapi kalau da malas gak cane?by hook or by crook kena buatla mem. kena buat. kau kena g library manamana yang bnama library utk cari source tu. mampos.

TAUBAT la ohzila!cayalah!

Friday, October 1, 2010

i can but i won't!

Posted by norzillawatie binti zahidin at 3:54 AM 0 comments
test da abis.yeay.tapi yeay tu xbole panjangpanjang macam ni yeayeayyyyyyyyyyyy!!!sebab tu baru 1 test je. cukupla sekadar lega seperti kenyang melepaskan sendawa macam baru pas makan nasi ayam TG. hopefully bole score tapi aku tau da 2 soalan aku salah.damn.plz let me get score 2o n above la madam akma yang cantik menawan berseriseri pakai baju pink arini.sigh~~

keupayaan tu terbatas sampai situ je. tgokla usaha camane. smlm bace sambil berfesbuking. pastu lalala lagi dengan gitar. petik pastu nyanyi sorangsorang dalam bilik tadek sape nak dengar. membe gile aku tu plak pi kesukma si pendek datin pegi main netball. kalau tak die mesti da datang kat aku bergila bergitar berlalalala sama sambil bervideo bodoh2.papepon sha harapharap menang la ye netball kau tu.bagus. kite kecikkecik ciliapi. jangan besarbesar cili kering!!hahahah. rindu kau sha!

lapa. da makan popia pedas plak. nak makan pisang goreng abis plak. qusya kasi tapi aku malas nak amik plak. atas meje je pon.entah2 da abis. malas nak jenguk.hehe. yes. aku malas. lepas test ni tahap gaban lah abis nye malas. padahal isnin ade test Pengajian Malaysia lagi. mak aih. ape kes nak baca parlimen pilihan raya politik2 bagai. kenapelah aku tak suke. agaknye samela perasaan orang bile baca surat khabar bukak politik tapi xsuke bukak cerita artis. tapi aku plak suke bukak cerita artis and kalau ade kes politik aku akan konyokkan surat kabar tuh. aku ta matang maybe dalam hal ni lagi. telalu muda barangkali.maap.

aku mmg xde keje lain. dalam bilik je. nak tgok tv, oh x. aku bukan pentengok tv. tapi kalau ade cerite stairway to heaven cite filipin tu ye aku nak tgok. i love u jodi and cholo. and i hate u eunice. korang tgokla. xsilap pukol 3 tv3 hari isnin sampai kamis kot. seyes best. nak tau tgok sendiri. aku malas nak cerita.

masingmasing mengurung diri dalam kamar sndiri. bosan+xtau nak buat ape. oh si cheq nana pon xde. alah kalau die ade pon mesti die tdo. kompomla. makcik tu pi lumut kat orient star plak pi berlakon jadi perompak. ape kes keding cicak kobeng macm tu nak jadi perompak. kalau jadi makcik pi kedai beli garam ke asam jawa ke bole la aku trime. kau rompak ape nana dalam citer tuh. kompom la adik aku yang kecik tu pon bole tumbangkan kau.hahahah.

hai.bosan.mari lah.buat kerja yang sama balik.men gitar.men lagu yang sama lagi dan lagi. aku malas nak cr lagu lain sebab aku malas!oh!i can but i won't!



lagu saya

Celine Dion - The Power Of Love

Powered by mp3soup.com


Get your own Digital Clock

 

ohzila lova Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea