Monday, December 24, 2012

pagi yang pelupe -.-

Posted by norzillawatie binti zahidin at 2:06 PM 2 comments

blog ni dah tak macam dulu. dah tak meriah. dah tentu aku yg salah. bukan aku nak gundah, cuma hanya bermadah. isi bukan untuk berpaling tadah, cuma ada sikit masalah, sampai nak post entry pun cukup susah.

hye. skrg dah pukul 6 pagi.
and korang masih tidur lagi -.-
bangunlah. dah subuh kawan kawan



selamat pagi. hey selamat pagi.



merry Christmas for those yg sambut.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++=

aku ada cerita ingin dikongsi bersama
tapi apekan daya
kabel blackberry aku entah di mana
+..+
so xjadi nak cite panjang menggila
and cukup la sampai di sini saja
aku pun memang mengada ngada
dah post entry baru nak cari kabel di mana
nak jadi ape?

imageimage

Thursday, December 6, 2012

4 rangkap saje

Posted by norzillawatie binti zahidin at 1:41 PM 2 comments

hai kawan kawan. jam 4.45 pagi. di telinga sedang berdendang lagi jambatan tamparuli akustik. boleh tahan kan. ape kabar? ohzila bizi gila sampai blog pun tak lalu nak ngadap dah sekarang.

masih tak tidor lagi dan sedang pegang gitar, umur dah 23 tapi tgok hidup macam laki bujang pegang gitar pukul 4 5 pagi main lagu cintan jiwang tangkap leleh masuk sangkar terburai perasaan. silap tak nampak bulan je. kalau nampak bulan , keluarla lagu widuri agaknya. bob tutopoli penyanyi nye. penah dengar??

ade benda aku nak citer tapi aku rasa keadaan tak sesuai lagi nak story. something that i want to share with all of you. :) sudi ke nak dengar. mentang2 la aku da lama xon kan. xtau la kan mana la tau. korang dah lupe si cengeng yg nama ohzila lova ni.

ape pun gua harap u ols semua mantap2 belaka dalam kehidupan memasing. skrg bulan disember macam2 nak kena plan baik2, banyak function, org lain dan macam2 lagi la plannye. 

imageimage

Saturday, November 10, 2012

dinner bitec kpmsi

Posted by norzillawatie binti zahidin at 7:54 PM 0 comments

hai semua! assalamualaikum. well, mmg ada yg rindu tak? mmg takde. okay takpe. sememangnye aku mmg dah lama tak tempek cerita cerita aku kat sini. dulu bukan main nak get higher traffic macam2 aku buat and boleh kata kalau ada polis trafik pun dia pun tak mampu nak tampung traffic aku. tu masa perasaan membuak buak nak jadi hot blogger dulu. konon la kan.

skrg perasaan tu da langsung takda dan ko tahu sampai nak update blog sebulan sekali pun susah. nampak tak curangnya aku terhadap blog sendiri. apa boleh buat, gua cari makan bai, susah sikit skrg. belajar lagi, entah habis ke tak habis semester ni. sebab ada lecturer nak repeatkan aku. =.= terang terus aku cerita kan??

tu di atas adalah mukadimah masuk rumah. kena ketuk pintu dulu bagi salam ape sume kan. skrg bila dah masuk rumah kita bukak topik sikit. today the story is about me and the BITec dinner last time. dalam dua hari lepas la macam tu.

we went for the dinner and tema nye retro. so mmg retro la aku that night. and aku sendiri pun tgok diri sendiri macam awesome je aku. tak over ke aku malam ni dengan spek besar takde cerminnya dengan reben besar tak tau malunya atas kepala tapi xpela untuk kepuasan diri sendiri, pakai jela. worth it sudah. kan? kalau malu malu mahu bergaya ni, pegila duk umah duk dapur goreng ikan bilis je sudah ye cik adik dan kakak kakak semua.

batch kami yg datang xramai dalam 8 orang je instead of 38 macam tu. pasif. grrr lantakla. tapi malam tu makan emm biasa biasa jugakle, daging bakar ayam bakar sume bin bakar ada malam tu. lepastu western nya not bad but feel like very bad tapi xpela semua makanan malam tu mmg cop boleh dimakan dan dijamin halal hendaknya. berbaloi tak berbaloi rm40 tu, err ntah. yg penting happy and enjoy.

and the best thing aku dapat jadi princess of the night malam tu. mmg retro habis dik. aku sempat lagi pi ring ring shop beli reben besar jadah semua nak letak kat pinggang. berbaloi mmg berbaloi. pastu siap pinjam lagi spek mata besarnye kat pa'a. mekasih la korang2 yang membantu. ehheh. mekap aku mmg tak over sbb aku mana reti mekap. jadah blusher gincu sume mana aku ada. mmg takla aku nak beli sume tu.

menjadi la aku malam tu and we had our fun together sampai ke manjung karaoke bagai ape sume. mmg boleh tahan gedikla aku and kawan2 malam tu. sape nak balik mmg kami xbagi balik. hahha. yela bila lagi kan nak sama sama macam ni. aku sangat la tersayang sangat dengan kawan kawan aku. and hopefully they love me too.

 
  semester akhir BITec. yang paling tua bazli belah kanan skali. hehe.


 
dapat teddy bear for princess retro. hehe. comel and lembut plak tu. 

so malam tu mmg awesome and maybe that is for the last time. and ada la dua buah lagu aku perform untuk diorang and lagu AKU CINTA PADAMU and lagu shila hamzah MEMORI TERCIPTA in akustik version. semoga that night will keep in my mind, our minds and be a memorable ever day.

thanks sape yang anjurkan dinner ni appreciate ur effort. sayang korang. muacks!

imageimage

Monday, October 22, 2012

no idea

Posted by norzillawatie binti zahidin at 6:37 PM 0 comments

saya masih tidak ada idea lagi mahu menulis
harap ada khabar dari semua
salam sayang
dan 
selamat hari raya aidiladha

maafla
hati bukan rabak
cuma jiwa tak tau mana nak letak
nak sedih mmg tak
nak simpan dah tak terluak
lama lama hati penuh semak
perangai makin banyak lemak
sudahla, kol jela emak


janji manismu-aishah

imageimage

Tuesday, October 9, 2012

catatan 3 pagi

Posted by norzillawatie binti zahidin at 12:32 PM 4 comments

mungkin saya patut menulis sesuatu di sini. by the way, sekarang dah pukul 3:09 am. nak tau sekarang saya di mana. ada di satu tempat hitam, yang tiada  siapa pun datang sini mengacau saya dan saya rasa okay okay la jugak untuk biasakan diri kat sini. well, korang jgn ingat aku buat bukan bukan pulak. aku tulis berdasarkan what goes in my mind. ini ikhlas.

macam macam aku tempuh nak to be an easy going person. yes, i am that kind of human. but please jangan gunakan easy going aku tu jadi hamparan untuk korang bersandar dan memijak mijak sbb yes i have my own temper that you never know. kawan kawan tau la. but sini aku bukan nak tunjuk aku hebat. no. cuma mungkin aku ada sifat kecil dan kerdil di mana aku ada perasaan terasa hati. sensitif di situ. yes i am supersensitive person. why. mungkin sepanjang hidup aku, aku dibalas semula dengan ini. mungkin aku ada menyakiti hati sesiapa di luar sedar aku. maafkan aku.

terima kasih sang setia yang setia berada di sisi aku. temani aku. fahami aku. terima kasih. tapi patutkah aku menghukum manusia yang menyakiti aku sebab hukum itu sendiri sebenarnya datang dari Allah so aku rasa if i just let it be, mungkin akan ada hikmah datang nanti. sbb kita hadapi nye dengan sabar. 

so korang mesti tertanya2 kenapa dengan aku ni. sape yg menyakiti aku. phew. tak perlula tau. aku mmg sakit hati. janji manis phew sampai boleh buat orang kencing manis potong kaki. boleh tak kencing manis dipotong lidah sekali sbb takut kalau potong kaki, dia berjanji manis lagi. so kalau takda lidah, bukan janji manis je xda, cakap pun tak payah la palek.

terbaca ke tulisan aku ni. mmg patut pun lah dibaca. sbb aku tulis ni pun nak kasi kau baca. pandang balik belakang apa dah kau buat kat aku.ish xpela. mmg hidup aku ni dibuang diambik dibuang dikutip balik, fakap lah encik. kenapa aku sakit hati? doesnt mean kau leh lepas camtu je. yes mmg aku let it be, tapi once aku tak suka, aku akan mmg tak suka. rahsia mmg semua dalam tangan aku. tapi yela. aku kalau jahat betul, mmg dah kasi satu malaysia tau. hang tengok aku, hang tgok diri hang balik. jahat kan aku. kalau aku buat.

kesan kesan mendalam akan ku simpan akan aku genggam jangan risau selagi kau hidup, aku akan pandang kau atas bawah kenapa ada orang cam kau. by the way it is satu pengalaman. takpela. macam macam orang dah aku jumpa walhal baru 23. mungkin ada orang lagi teruk dari kau pasni aku jumpa but aku sangat harap, orang paling teruk dalam hidup aku is kau. apa lagi??  

marah sangat kan cik lova. emm. macam dah xnak pikir panjang, cuma aku harap, aku nak cakap, aku bukan bahan eskperimen kau. kalau aku nampak kau lepas ni, aku xkenal siapa kau. level serupa orang bawahan, sedangkan orang bawahan tu aku rasa lebih mulia dari kau. siapalah aku untuk menilai seseorang tu mulia atau tidak. kau takrif lah sendiri based on what u had done.

oh sangat terasanya aku kali ni rasa nak nangis. bye bye la. 


tamat 3.31am

sekian terima kasih.datang lagi. 
imageimage

Wednesday, September 19, 2012

battle of the band gempak merdeka

Posted by norzillawatie binti zahidin at 2:45 AM 0 comments

assalamualaikum :) buddies

iya memang tak diduga lagi aku memang saje kasi habuk blog ni biar tak berupdate lelama nak bagi banyak lemak sikit biar orang rindu. eceh. org rindu konon.

emm, ape cerita? lama tak dengar kabo? gitula org tertanya tanya kan ape cer la ohzila ni sesenyap je memanjang. takkan nak biar berhabuk kot. dah macam kalendar. tang ada big event je baru nak update. sengalan.

bebaru ni on 16 september 2012 kan hari malaysia gitu kan aku ada la join battle of the band ni. kan aku dah cakap mmg aku nye blog ni ikut kalendar entry nya. haha. and the botb was uuuuuuuu sangat awesome lah. aku mmg sangat teruja join benda ni.and lagu yang masa saringan dibawak are lagu Perwira and lagu terubat kembali. aku rasa segan plak nak tunjuk videonye so aku tunjuk picisan potret2 dri DSLR abg zam saja.


dapat num 4 nyanyi lagu patriotik solo


tq abg lighting :)


saringan ni :)


kami dapat num 3 tau :) alhamdulillah



and then kami masa final kena bwak lagu lain so kami bwak lagu bahtera merdeka dengan kesal. ha okay tak korang. alhamdulillah tak sia sia tau kami datang sini. insyaAllah ada battle lagi kasi tau la lagi ya. bukan untuk kmenangan aje tapi untuk pengalaman juga. saya nak gtau kawan kawan yang tak leh nak add saya di Ohzila Lova please find me on Ohzila Letup okay. 

nak tuju lagu? boleh... jomla :D
imageimage

Saturday, August 25, 2012

tawau dua

Posted by norzillawatie binti zahidin at 3:16 AM 2 comments

hye selamat hari raya ke 7 kawan kawan.

btw saya masih lagi berlokasi di tawau sabah. haih, bape hari je lagi nak balik nye pun. haih. hari hari dok hitung tinggal bape hari je lagi kat sini. entah bila nak balik lagi. :(


ohzilepot :) dekat airport ritu. gegeh.



tiket tiket




bila bosan baca novel ni. seyes best :) tak rugi membe aku jadi penulis.




MASwings :)


perihal gambar di atas sepatutnya post masa kat entry TAWAU SATU sebelum ni. Tapi aku gegehkan tag kat sini juge sesaje le. btw, mmg satu experience yang agak ganas kalau mmg naik flight sorang2 balik sabah macam ni. aku ckp dengan korang mmg first time le cite nye ni. okay. tak tau ape menda nak kena buat dulu masa kat airport mula2 dulu. aku tgok je orang sekali kau naik flight lambat padahal awal da sampai kat airport tu.

btw korang tau tak. dekat tawau ni ikan dia murah gila. sangat gila murah gila. mmg harga dia macam tu kat sini. tak caya tgok gambar kat bawah ni.




murah2 gila ikan kat sini. kalau beli sekilo ikan selar rm1.50 seminggu baru hauk makan tau tak. mmg teruja betul aku masuk pasar kat sini. sbb ada juga ikan yang aku xpenah nampak diorang buat makan. so the excitement is always their whenever i entry the market. mmg nampak la muka jakon aku yang macam tak penah masuk pasar ni. huih. sudahla ikan2 nye semua fresh2 belaka. 




opss gambar tak clear la plak. Nokia X3 je pun. haha ni kat pasar gantung tawau. mmg best2 le. macam2 ada kat sini. sayur pelik2 pun ada kau. ke kot le aku sorang je yg xpenah tgok sayur2 macm tu.

ape2 pun mmg best aku cakap kau. mmg best gile duk sini rasa nak duk lelama. and pada budak pempuan yang cakap budak sabah sakai, kotor, jijik ape sume tu. siap kau bila aku jumpe kau aku tonyoh2 mulut kau. pasal kau, orang2 sabah kat sini yang salah paham panggil semenanjung, semenanjing ko tau. terasa la aku sorang2 kat sini bila diorang dapat tau aku orang semenanjung. padahal ic 12 kot. silap sbb aku tak pandai cakap bugis, tak pandai cakap sabah je. haih.

nanti aku sambung lagi di tawau tiga. end tawau dua.

imageimage

Tuesday, August 14, 2012

tawau satu

Posted by norzillawatie binti zahidin at 7:49 PM 6 comments
assalamualaikum


selamat hari raya weh kat korang2. miss me tak ?

you know what right now saya di sabah location di tawau dan akan beraya di sini pada tahun ni setelah bertahun tak balik. bukan derhaka tak balik ke tanah sendiri, tapi sebelum ni takde rezeki lagi nak ke sini and plus saya masih budak2 lagi. skrg dah umur 23 tahun dan berkat usaha sendiri. alhamdulillah saya sampai ke sini dengan jayanya tapi sadly, i'm alone here without my family.


 so if u see on the image above, yang red highlighted tu lah daerah tawau. sumpah banyak gile oran nak nak dekat raya ni. nnti aku upload gambar2 aku kat sana. aku pun dah macam pelat cakap sabah sampai dah rupe cakap ape tah. hilang melayu hilang sabah. mmg tak baku sbb tak ikut buku.



ni antara bandar2 tawau tapi kalau ikutkan dia punye screen shot mmg lagi amazing dari ni. sumpah. tawau lagi sesak dari manjung. kau tau public bank dia besar nak mampus. mmg besar. tu baru public bank. and ape yang tak de kat sini?? semua ada. big apple pun ada. macam2 ada. mcdonald pun ada. tak tau le nak cakap.


aku nak terjemahkan lagi tawau ni kat korang tapi aku rasa nanti la sbb tak syok aku xbawak kabel hp plak nak upload gambar. aku pun on9 kat cc je weh. sedih nok. susah tak de line intenet tak bawak broadband. hiks. oklah korang. selamat hari raya. bape hari je lagi :)

imageimage


Thursday, July 26, 2012

baju pakai raya

Posted by norzillawatie binti zahidin at 11:16 PM 0 comments
 korang nak tak pakai baju raya cantik2 nanti. mesti nak kan? so ohzila ada jual some items yang korang mesti suka punya lah. plus murah pulak tu :D




semuaaa ni RM28 saja exclude pos. masuk pos tambah rm6 la macam biasa. ada sesape nak order please contact me at Ohzila Shopping Online <-- klik. ATAU klik je pada gambar tu :)

atau ada sape2 nak varsity? semua ready stock. 


EC1023 blue RM44



EC1023 gray RM44



EWC291 blue RM44


so sape nak just click pada gambar atau boleh klik page saya di OHZILA SHOPPING ONLINE. semua harga exclude pos! salam ramadhan! jangan puasa yang yang yokkkk!

imageimage

lagu saya

Celine Dion - The Power Of Love

Powered by mp3soup.com


Get your own Digital Clock

 

ohzila lova Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea