Sunday, July 31, 2011

puasa di ramadhan :)

Posted by norzillawatie binti zahidin at 6:26 AM 4 comments


salam satu ramadhan wahai semuanyaaaaaaa
make sure korang puasa secara menyeluruh bukan puasa makruh ye. janganjangan cuba bukak periuk, janganjangan cuba pi jengukjenguk dapur, janganjangan cuba bawak ceklat cikedis p kelas pi skola pi keje ape sume ok. janganjangan juga cuba bawak rokok lighter chewing gum oh jangan jangan kawan kawan. tak syokla bro bulanbulan pose ni nak nak 1st puasa ni. cuba kita buka pintu ramadhan dengan puasa yang smooth gila. setan pun xde. jin pun tadek. so, dari situ bole tau kalau tanpa syaitan dan jin itu, ade kah kamu seperti itu atau sebaliknya. kan.

sebenarnye, aku bukan ustazah =.='

xpe xpe. walaupun sekarang dah klua cerita ustazah pilihan plak dah kat astro, pesan memesan pun tak salah kan. kalau aku isi form ustazah pilihan tu amacam, mestilah TAK kan? komfem aku kena pijak2 nanti. baik jangan.

ok. di hari yang mulia, bulan yang mulia, aku rase kejap je dah datang pintu bulan pose ni. haih. kalau kite betul2 merasa kenikmatan puasa ni, mereka sedih sebab sape tak nak mengadap bulan mulia, bulan penuh kerahmatan, lebih2 lagi 10 malam terakhir, akan munculnya malam lailatulqadar di mana semua permintaan kita akan dimakbulkan jika kit betul2 ikhlas beribadah kepadaNYA.

macam salah je aku nak berdakwah kat sini.
T_____T

sebenarnye sedih tak tau kenapa. salam ramadhan.


selamat berpuasa! sila patuhi arahan di atas!

imageimage

Wednesday, July 27, 2011

wajah nak fansi je.

Posted by norzillawatie binti zahidin at 12:57 PM 4 comments

hari ni da masuk hari khamis so meme tak menyempat lah nak buat wordless wednesday yang org salu dok berebut2 nak buat naknak tetiap hari rabu dan dan la kan sebab rabu stat hurup wau dalam bahasa omputih. owwwhh. niat nak buat tibe tibe dah terKhamis plak. so, lupekan ajelah.

sila tengok last post aku bila and sekarang baru nak mengadap menghendap menghapdet blog kesayangan yang da bertahuntahun ni. kalau aku ade anak, da 4 tahun da umor nye same macam umo blog aku dipublishedkan. sila sila lah jugak like page aku yg ohzila tu. like aje xde hal kan bro sis? hehehe.

janganla awkward sangat tgok template blog aku yang serba serbi baru ni. background aje xnak kalahkan corak2 ala tadika kan. konon2 life macam nak funky je nak ade pelangi bole naik turun aje, nak ade gula2 sweet candy ice cream oh. ni la kan zaman kanak2 sape bole lupa. kalau korang lupa tu bukan masalah aku. ha ha.

lepastu silelah sudi2 dengar lagu background yang bole menaikkan star suka kat blog aku ni. lagu Matahari dari Maya lama gila xdengar so aku bukan nak jadi evergreen ke hape tak tak sama skali. mmg aku punya genre sebegitu dan tak brape nak layan lagu2 baru zaman sekarang ni. entah nape tak mencabar kevokalan langsung nak menjerit aje tau baik aku suruh adik aku masuk audition jugak.

ok. skali jugak mahu cerita pasal diri sendiri yang suka cari pasal, xnak pantang bila sakit, main makan, main sebat je ape nak makan makan. last2 haritu aku makan telor, malam2 muntah2 depan longkang kat rumah. sorila. habis ayam masak zalila aku makan plus cendawan goreng tepung yang aku jamah dibuang balik. perut meragam nak2 lepas opret ni. and satu benda lagi aku prasan kat diri aku ni, lepas opret keje aku asyik nak meradang aje. mana tak nama penyakit pun radang usus je. haih.

sekali tetibe rindu emak dan adik2. nangis tak guna. titik.

ok. tahu tak esok bola Malaysia lawan Singapore so kalau ade rm60 sekarang aku da pi da. 30 tiket 30 lagi tambang bas p balik pi dengan penyokong fanatik Malaysia. si Abdulhelmi rakan kesayangan mengajak punya mengajak maap rezeki tak sampai nak p dengan hang nak dating sayang sayang ngan hang. da la esok aku cuti tibe2 xleh plak nak p.

T____T

ade sape2 sudi nak kasi rm60.
xpela. tengs

Malaysia sayang gol baik baik ek kasi 2-0 pun jadila.

di bawah ade lah satu gambar satu ketika haritu masa nak klua ngan membe pi snap jap, so gamba ni ade la bau basi skit sebab baru kutip nak upload skrg untuk entry ni. gambar terbaru belum lagi, sebab xde camera yang nak tangkap gambo aku ni. tau la tak potojinik.



gua senyumla sikik even xjadi.
cistarttt!


imageimage

Monday, July 25, 2011

as long u happy

Posted by norzillawatie binti zahidin at 5:31 AM 0 comments

image

i'm speechless when i used to say about life. because, it is really dramatic and somtimes full of hypocration. this disease really makes me heal. sometmes it makes me down down down. just like a ball sometimes i'm on up and sometimes it gets me down. and sometimes..u kno..i feel so weak. dunno y. the people around me, just like a puppet, doll, toys, robot and it is really hard to find the honest one. even one.






imageimage

Tuesday, July 19, 2011

kem fasilitator

Posted by norzillawatie binti zahidin at 8:31 AM 5 comments



memang aku rajin dan aktif sebegini since kecikkecik lagi so jangan tanya dah besar kenapa tegar lagi sebegini. cerita dah basi dah ni sbelum masuk kolej lagi, sebelum kena opret lagi, sebelum masuk hospital lagi. lepas habis kem ni yang terus aku masuk hospital tu.

time kem ni aku dah sakit2 dah tapi masih bertahan lagi. balik trus xleh belah tu. huhu. stop lah story sakit. asyik sakit je kan.=.=

gambar nak cerita yang aku masak dalam hutan. jadi chef hutan kot. tahu aku msak ape. nasi ayam bali classic. phew. ade orang bole buat tak macam aku buat. haha. ramuannye hanyalah

nasi
ayam bakar rincik2 kecik
limau bali
minyak
garam
telor

bawang2 sume tak bagi, so kena pikir sendiri macamana nak masak dengan hanya menggunakan minyak dan garam sahaja. last2 boleh jadi nasi ayam bali kau. sedap eh. even nasi macam mentah kelentah lagi.yekyek. tahu tak telor kena masak tanpa ade pecah. nasib baik telor aku masak tak pecah. cara aku masak telor tu adelah dengan tanam ia dalam tanah so dekat tapak tanah tu la tempat bakar ayam. so otomatik dia panas lah di situ and masaklah ia di dalam itu.

ramuan tambahan semua amik snediri cari sendiri dalam hutan. terima kasih kumpulan TOLERANSI. kihkihkih. group kita mmg sempoi. sayang korang.

=.='

imageimage


Monday, July 18, 2011

dislike berpantang

Posted by norzillawatie binti zahidin at 4:02 AM 13 comments

aku tak suka uniform ni
time xsedar lagi selepas operation

even da klua hospital
tapi xbaik sepulihnya lagi
doakan saya sembuh dengan cepat
saya juga nak jadi kanak2 yang lain
bermain ke sana dan ke sini
T____T

saya tak suka "berpantang"


imageimage

Thursday, July 14, 2011

makan besar takde pantang

Posted by norzillawatie binti zahidin at 8:09 AM 2 comments

salam semuanya.

marilah sama2 kita doakan kepada mereka2 yang sakit xkisahla di manamana pun mereka, di hospital, or kat rumah, or tengah sakit bergelimpangan di mana2 pun, sama2 lah doakan supaya mereka cepat disembuhkan. amin amin.

doa sejenak =.=

okey.

now saya nak habaq tadi saya pi makan besaq mak ai, makan ikan siakap la wey 3 rasa memang dah lama xpekena makan besaq camni nak2 plak ramai2 pergh mmg masyuk la. ni bukan soal banyak duit ka apa nak makan ikan siakap bagai seafood semua tapi la ni cek nak habaq yang kami ni lebih kurg la ala2 nak menyambut kedatangan semuanya ke semester baru di KPMSI ni. lama kan xjumpa kawan2 macam rindu lah plak. walaupun geng kami kurang sorang atas sebab tertentu tapi kami ttp mengingati beliau and sentiasa terkenangkan beliau. memang sunyi and terasa sangat beliau takde, rindu ko Syed. ini seriyes.

But life must go on kan.


bayangkanla, air dah berjagjag, air oren, tembikai lepastu air suam sejag, lepastu makan ikan siakap 3 rasa 3 ekor, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, telur dadar ai mmg meletopla. lepastu memang aku yg tgh berpantang ni makan xsedar diri main makan je, luka entah bila nak baikkan kalau makan jenis pelahap macam tu. weh aku da lama xmakan selera punya naik macam ni, kalau x tu, salu xde selera nk makan la apela, so benda ni jarrang jarrang jumpa so bila dah ade depan mata kena la makan. kena ok.

tolak tepi sume pantang larang tu, aku dah ta kira da. mmg aku makan habis baik dah. maap ye mr. nabil cek makan jugak, hang bole makan siap bertambah2 lagi punya naik mendadak selera hang konon2 nak diet la nak p gym la ape ke jadah kalau selera macam tu nak diet. bye bye diet la. oh lupa nak bgtau nama tempat, kami makan kat bota je. tepi2 jalan tu.sape org perak die tahula. makan sedap and harga sangat berbaloi nyah. so korang makanla kat sini. seyes boleh tahan sedap ni. rase macam nak datang lagi je. tunggu duit turun dari langit la jawabnye kan.

lepastu sembang jangan cakap la, pecah kedai tu dengar kitorang gelak gabung 4 meja. 15 orang kot. so mmg xsedar diri la kalau da sembang mak ai macam nak sembang gosip setaman kalah gosip artis. masalahnye dalam 15 orang tu 2 orang je perempuan. and kami yg pempuan ni punyela sopan xleh nak sembang lelebih sebb bila da sembang hal2 laki ni deme deme je yang paham. so, kengkadang tu kami yg pempuan ni pergh tunjuk baik sembang je la pasla study ke pasal ape ke baru la nampak masa depan sikit. kalau nk sembang pointer xpayahla. aku nangis kang. lainla kalau 15 orang tu 2 orang je laki so kami2 yg pempuan ni komfom dah tolak tepi hal belajar sebab sembang sokseksoksek pasal minah itu mamat ini macam itu macam ini kan. and komfom laki sembang hal masjid, oh baik kan? tentukan arah mata sendiri =.=

and last skali, nak jugak tangkap gambo, so dalam masa 15 minit je lepas balik diorang dah tag kat aku gambo2 ni. mekasih fendi and hapiz. syok ngan korang.


seronok ramai2 cmni. ouh.

mintak mahap la banyak2 aku ni sekejap loghat nak utara sekejap nak perak kan. tumpor habis la bahasa aku ni. mahap ye sesangat. mana taknye environment umah sewa budak2 umah aku sorang dok kedah sorang dok kelantan, sorang lagi dok johor and mmg aku habis jahanam tenggelam perak aku.


imageimage

polis the power

Posted by norzillawatie binti zahidin at 1:02 AM 8 comments

selamat selamat. jangan salahkan guna kuasa. betul cakap beliau, polis menjaga keamanan bukan cari psal. u were very brave kakak. i salute sama u. polis mmg xberhati perut langsung nak pukul budak2 xtentu pasal. jahat gila. jangan nak guna kuasa veto sangatla bila da dapat pangkat polis. sesetengah polis mmg rajin buat keje macam ni. dah xde keje cari keje cari pasal. mmg xbest Malaysia ade polis macam ni. polis polis. setakat ada pistol. stakat ada pangkat dan nama, kalau attitude takda, ilmu tinggi macamana pun, baik xpayah ada polis.

ape kate korang?

silekanlah.


imageimage


Wednesday, July 13, 2011

rindu zaman sihat

Posted by norzillawatie binti zahidin at 11:13 AM 11 comments
kan kan. =.=

sekarang masih sakit lagi dengan surat ber'mc' 2 minggu and baki2 hari yang ada harus digunakan sebaik2nya supaya lepas ni xmenyesal dah and tak tercari2 cuti yang lama kang tension datang balik penyakit dan sakit dn masuk wad kena cucuk sana sini tak boleh bangun.

terima kasih yang sudi ambik tahu pasal saya sakit itu ini dah ok ke belum and macam2 lagi greetings yang korang bagi rsa terharu sebab aku masih lagi di hati korang. oh oh. sekarang jahit opret dah semakin ok and xdela masalah sangat cuma perut kembung menyebabkan saya sembelit tak berak2 so makan pun sakit and xpasal2 p hospital Changkat Melintang semalam tengah2 malam tau. punye la lama kena tahan kat emergency ward. nasib baik xkena tahan betul2 je. xnak aku. serik dah.

jalan pun dah semakin ok dah tak tersingguksingguk ntah macam hape. cuma aku stil xleh nak berisn, gelak, batuk sebab kalau aku melakukan aktiviti tu mesti sakit. and pada kawan2 yang aku xbgtau aku sakit masuk hospital ape sume, mintak mahap bebanyak and janganla marah aku xkan aku nak gtau, kang macam hape plak terhegeh2 kan nak suruh macam mintak simpati. aku merasekan macam tu je la. so jangan marah aku ye. aku xnak susahkan korang. tu aje.

skrg macam2 plak pahantang nye nak nak tang makan. mak ai. macam2 xleh makan. telor xleh, ikan keli xleh, mak ai. last2 makan sup haje lah. sup sup sup lepastu ikan bilis. mak ai. yela. aku xnakla bentan kang satu kes plak. dah kena buat keje. xpasal2 kan.

so, nasibla tengah2 sakit ni and harap2 saya boleh sembuh ngan cpatnye and mahu kembali normal seperti kanak2 lain yg sednag membesar. kanak2 ok. haha. rindu zaman sihat.


imageimage

Monday, July 11, 2011

pakcik depan sogo

Posted by norzillawatie binti zahidin at 12:09 AM 10 comments

sedikit tinta untuk semua renung2kanla pakcik ni cakap



dan sedikit cerita mengenai pakcik ni

Menurut pakcik ni, dulu dia tinggal di Malay Mansion di tingkat 13 di bangunan yang berketinggian 14 tingkat. Kemudian, rumahnya dirobohkan demi projek membina pusat membeli belah Sogo. Di hadapan Sogo, menurut beliau, ada klinik di mana PM pertama kita Tunku Abdul Rahman membuat pemeriksaan mata.

sumber: ibnukhusairy


tgokla ape pakcik ni tulis. barisan ayat2 Al-Quran.
die sayang kan tempat yg die duduk sangat2. tapi die hilang kediaman lepas umah die yg kat tapak sogo skrg ni dah dirobohkan sbb nak buat Sogo. kesian pakcik ni.

beliau xnak susahkan org lain.
moga Allah sentiasa berkati hidup beliau.

imageimage

Sunday, July 10, 2011

jalan jalan sakit sakit

Posted by norzillawatie binti zahidin at 11:43 AM 3 comments

salam semua. sekarang dah pagi buta and mata tak mau terlena. jadi arakian tengah sakit2 begini sangatla mengidam tau. mengidam nak merasa cool blog. nak p berjalan kat marina island. macam xpenah pi padahal dulu masa sihat hari2 pegi la kan. skrg tgh sakit2 lma dah xpi rasa nak sangattt la plak kan.


ni haaa...cool blog!!!

terima kasih bawak berjalan merasa cool blog tengok2 marina island jalan tepi laut kena bayu laut petang2 manyak syiok wooo. walaupun jalan tersingguksingguk terkinjit2 macam tempang sbelah tapi mereka berdua setia menemani dan menunggu saya yg berjalan lambat ni.

mekaseh. mekaseh.

di bawah adalah segenap imej yg terakam saat2 terpana dengan laut.





aku xpaham alip kena muka kau boleh berubah sekejap saje. ape pun terima kasih bawak orang sakit ni berjalan. susah2 aje.

=.='

imageimage

bersih yang kotor 3

Posted by norzillawatie binti zahidin at 1:50 AM 5 comments

salam sekalian warga readers =)

tutup lah bicara bersih, bukan tanda nak kalah, tanda nak tutup salah tapi tanda nak berdamai tak mahu gado, tak mahu kata mengata tak mahu ada sengketa. sukalah jika nak berdamai, tak suka apa boleh buat. rambut u kaler lain, rambut i kaler lain. kalau da nama bersih haruslah sucikan ia, bukan dengan ada nya sengketa. kita sesama islam kan.

memohon duapuluh jari kakitangan salah bahasa, kasar bahasa. ni bukan blog politik tapi kalau bicara hak politik, da macam xleh pakai plak nak post kat sini, sebab semua nak menentang and xnak cakap elok2. macam xde hak plak nak cakap kat sini. unfairkan. owner blog xde hak nak post kat blog sendiri. xpe xpe.


damai itu penting.
anynomous, sila tampil untuk berdamai.
mintak maaf segala gala and pandanglah juga pandangan saya
memandangkan saya juga melihat pandangan tuntutan anda

be positive
sama2lah jadi pembersih
.
.
.
.
.
rumah.

nak jadi pembersih lain tu hak korang.
peace no war

assalamualaikum

imageimage

Saturday, July 9, 2011

bersih yang kotor 2

Posted by norzillawatie binti zahidin at 11:03 PM 17 comments


aku dah nampak kegarangan org2 bersih yg dah mula melenting tak tentu pasal macam kilat sabar menyambar. kalau xcaya p entry aku before dis bersih yg kotor. aku xpahamla sume nak marah2.

pakcik2 dan makcik2 abang2 dan kakak2 skalian,

saya mmg xmenyokong. dan adekah itu salah di sisi undang2 saya nak post yg saya xsuka bersih. to anynomous yg menentang sila jawab. nak2 yg paling kuat melenting tu.

kemudian, ape kena mengena muka saya dengan bersih ni. muka saya xbersih? hari2 saya mencuci muka tuan2 dan puan2 dan dijamin bersih. saya tak pegi pun demonstrasi jalanan untuk p cuci muka saya cari pencuci muka sebb banyak kedai tutup. sebab sape? tanye cik anynomous.

kemudian, saye takde otak? ok. binatang pun ade otak tuan2 dan puan2. kalau tuan2 ade otak, tuan2 harusla profesional dalam segala hal2. takkan sebabkan politik kite sesama bangsa nak bergado. saya perlukan tuan2 dan puan2 untuk mengkritik saya secara baik seprtimana cikgu mengajar muridnya tapi bukan jadi pelenting tak tentu pasal. saya tak bole terima and ade saya kisah?

tuan2 dan puan2,

kalau hati itu bersih, jiwa pun bersih, tuan2 bole pk apeke jadahnye ni sume. kalau betul pun nk buat demonstrasi mogok ke ape, ce buat tempat tertutup and TAK MENYEBABKAN KEHILANGAN NYAWA, TAK MENYUSAHKAN POLISMOLIS, TAK MENYEBABKAN ORG TUTUP KEDAI DENGAN HAL TAK MUNASABAH.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Aku da kabokan da, to anynomous, camane la org nak respek korang kalo korg pun tau nak MELENTING je. this is typically by me and aku ade hak kan nak cakap. aku nk post blog aku aku punye sukala. masing3 ade pendapat sendiri kenapa nak melenting. kenapa.

ANYNOMOUS

Anonymous said...

kalau x berminat pasal politik, jd jgn bcakap..sbb cakap orang x taw hujung pangkal x de nilai cik adik.. taw tak dulu pernah ada juga bersih?? x ramai yg taw sebab kerajaan xde nak haramkan mcm bersih 2 ni..kerajaan hilang kuasa pada beberapa kerajaan seperti selangor misalnya, ini semua kesan dr momentum BERSIH 1..jd kerajaan takut ia berulang.. diharamkan yg ke2.. kalau kerajaan benarkan, polis kawal lalu lintas, xkn ada nye masalah..


Anonymous said...

sibuk pasal pe pndangan pelancong asing? mereka dtg dgn bermacam2 pngaruh pada anak bangsa kita.. ada awk ambik kisah?berniaga tutup sehari dibisingkan, duit rakyat yg kerajaan makan bertahun2, ada awk pikirkn pasal tu??mungkin awk x rasa ttindas, sbb awk serba ada.. tp berapa ramai orang susah kat luar sana, ada awk fikirkn pe yg mereka rasa?and apa masalahnya kalau pemimpin bukan seorang islam? kita x sokong agama nya.. kita sokong bersih, apa yg cuba bersih capai..fahamkn y


Anonymous said...

cuba kaji, dimana wang zakat disalurkan.. 100% pergi pada yg hak atau x.. kaji ya..


Anonymous said...

suka suka hati je bercakap. orang sesak napas sampai meninggal tu sbb kena kejar polis tau tak? polis tak rase bersalah ke kejar org smpai bwk mati? n tgok balik tuntutan bersih tu. semuanya menuntut keadilan. kenapa dkt senarai spr org yg lahir tahun 1897 pun masih ade hak mengundi? ohh dr dlm kubur boleh mngundi eh? fine.
lain kali fikir dulu kalau nak buat entri mcm ni. jgn nak bengang pulak bila dah kena hentam.



plizla, korang jangan nak menyalahkan duit rakyat tah ke mana. banyak je duit rakyat yang tolong rakyat2 miskin kat negara kita ni. janji korg bagi ngan ikhlas dah la. tolong2 org felda ape sume. tau nk melenting je, pasal duit pun nak bergado, pasal duit. pasal agama tak plak nak melenting. lagi satu, ade org nak menyalahkan aku ape kena mengena ngan pelancong asing ngan bersih. pegang tangan letak kat kepala pk balik. jangan nk menyalahkan diorang tu pembawa pengaruh anak2 bangsa. tu hak individu yang nak ikut atau tak.yg ikut mmg salahla. cara ko cakap macam ko xbagi plak diorang ni datang Malaysia nak bercuti.aku maksudkan pelancong asing tu sebb diorang tu tetamu kita, so xmalu ke ade rusuhan tak tentu pasal camni.malu la malu.


pastu ade jugak org marah aku sbb sebut pasal org mati sesak nafas sebab ar polis. kalau xde polis xde nye sume ni. ok. korang pun dah ramai nak mampos, pastu nak salah kan polis. senang je, sape suruh buat BERSIH ni!!!!!!!!!!!!! orang da cakap jgn buat, nak buat jugak, padahal bole je buat benda ni dengan aman damai.

macam kawan aku kata si zairi,

"hg kata aku..aku kata hg..hg tuduh ak..aku tuduh hg..cara xbetoi, tgkah laku xdijaga, pjuang la lagu mna pown,niat xbetoi..xbetoi gk jdnyer..stinggi mna ilmu pown, kalo cmnie gayanya..xkn kemana nyerr..bt malu org tgk ja.."

aku sangat setuju ngan ko zairi. so anynomous, pk sendiri.

pastu ade org marah aku ikut sangat cakap TV kenapa. eh ko kenapa. habistu ko nak aku p KL tu tgok ape jadi. yg dah ade sana pun da ade mati pengsan terburai, kenapa aku nak cari sakit. kalau ko xsuka TV, ko buang. senang.

sebenanye, kenapa beria sangat nak hentam aku. ke bengang sebb xdapat nak menentang org kuat anti bersih ni lepastu ko nak hentam aku. so kepada yang beria sangat nak hentam aku hentamla. plizla, aku xbelagak ke hape, tapi boleh tak kita berdamai cakap helokhelok xde selokbelok. and satu perkara, marah itu syaiton. kita senegara serumah, kenapa xbole nak cakap elok2. malaysia kan rumah tangga kita, korang sendiri yg hancorkan rumah tangga ni.

aku da cakap, bawak penyapu penyodok cuci jalan kat KL tu lagi bagus.sape nak marah lagi. marahla. kalau korang betul2 jiwa bersih, korang xde marah2 camni.chill and cool sudah.akhir kata, maap kan saya terkasar bahasa di dalm entry before this and dalam entry ini. jangan cakap saya xde otak, kalau saye xde otak anda pun xde otak. saya xnak masok campor dalam hal urusan bersih ni, sebab diri sendiri masih banyak perlu dibersihkan, sebelum saya bersihkan orang lain. korang juga haris begitu kan?



sedih tgok Malaysia macamni. mana lambang biru perpaduan dalam bendera Malaysia. sedih gila.


++++++++

imageimage

lagu saya

Celine Dion - The Power Of Love

Powered by mp3soup.com


Get your own Digital Clock

 

ohzila lova Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea