Thursday, July 14, 2011

makan besar takde pantang

Posted by norzillawatie binti zahidin at 8:09 AM

salam semuanya.

marilah sama2 kita doakan kepada mereka2 yang sakit xkisahla di manamana pun mereka, di hospital, or kat rumah, or tengah sakit bergelimpangan di mana2 pun, sama2 lah doakan supaya mereka cepat disembuhkan. amin amin.

doa sejenak =.=

okey.

now saya nak habaq tadi saya pi makan besaq mak ai, makan ikan siakap la wey 3 rasa memang dah lama xpekena makan besaq camni nak2 plak ramai2 pergh mmg masyuk la. ni bukan soal banyak duit ka apa nak makan ikan siakap bagai seafood semua tapi la ni cek nak habaq yang kami ni lebih kurg la ala2 nak menyambut kedatangan semuanya ke semester baru di KPMSI ni. lama kan xjumpa kawan2 macam rindu lah plak. walaupun geng kami kurang sorang atas sebab tertentu tapi kami ttp mengingati beliau and sentiasa terkenangkan beliau. memang sunyi and terasa sangat beliau takde, rindu ko Syed. ini seriyes.

But life must go on kan.


bayangkanla, air dah berjagjag, air oren, tembikai lepastu air suam sejag, lepastu makan ikan siakap 3 rasa 3 ekor, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, telur dadar ai mmg meletopla. lepastu memang aku yg tgh berpantang ni makan xsedar diri main makan je, luka entah bila nak baikkan kalau makan jenis pelahap macam tu. weh aku da lama xmakan selera punya naik macam ni, kalau x tu, salu xde selera nk makan la apela, so benda ni jarrang jarrang jumpa so bila dah ade depan mata kena la makan. kena ok.

tolak tepi sume pantang larang tu, aku dah ta kira da. mmg aku makan habis baik dah. maap ye mr. nabil cek makan jugak, hang bole makan siap bertambah2 lagi punya naik mendadak selera hang konon2 nak diet la nak p gym la ape ke jadah kalau selera macam tu nak diet. bye bye diet la. oh lupa nak bgtau nama tempat, kami makan kat bota je. tepi2 jalan tu.sape org perak die tahula. makan sedap and harga sangat berbaloi nyah. so korang makanla kat sini. seyes boleh tahan sedap ni. rase macam nak datang lagi je. tunggu duit turun dari langit la jawabnye kan.

lepastu sembang jangan cakap la, pecah kedai tu dengar kitorang gelak gabung 4 meja. 15 orang kot. so mmg xsedar diri la kalau da sembang mak ai macam nak sembang gosip setaman kalah gosip artis. masalahnye dalam 15 orang tu 2 orang je perempuan. and kami yg pempuan ni punyela sopan xleh nak sembang lelebih sebb bila da sembang hal2 laki ni deme deme je yang paham. so, kengkadang tu kami yg pempuan ni pergh tunjuk baik sembang je la pasla study ke pasal ape ke baru la nampak masa depan sikit. kalau nk sembang pointer xpayahla. aku nangis kang. lainla kalau 15 orang tu 2 orang je laki so kami2 yg pempuan ni komfom dah tolak tepi hal belajar sebab sembang sokseksoksek pasal minah itu mamat ini macam itu macam ini kan. and komfom laki sembang hal masjid, oh baik kan? tentukan arah mata sendiri =.=

and last skali, nak jugak tangkap gambo, so dalam masa 15 minit je lepas balik diorang dah tag kat aku gambo2 ni. mekasih fendi and hapiz. syok ngan korang.


seronok ramai2 cmni. ouh.

mintak mahap la banyak2 aku ni sekejap loghat nak utara sekejap nak perak kan. tumpor habis la bahasa aku ni. mahap ye sesangat. mana taknye environment umah sewa budak2 umah aku sorang dok kedah sorang dok kelantan, sorang lagi dok johor and mmg aku habis jahanam tenggelam perak aku.


imageimage

2 comments:

Jasman said...

amboi sedapnye...dh lama x mkn beso mcm tu...

norzillawatie binti zahidin (che-che) said...

tau xpe

lagu saya

Celine Dion - The Power Of Love

Powered by mp3soup.com


Get your own Digital Clock

 

ohzila lova Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea