Wednesday, September 11, 2013

blog shopping

Posted by norzillawatie binti zahidin at 8:03 PM 3 comments
tak lama lagi saya akan jadikan blog saya ni blog shopping 
boleh kan macam tu
nak cari income lebih sikit selain daripada di facebook
support me :)
imageimage

Sunday, July 28, 2013

sunday story

Posted by norzillawatie binti zahidin at 3:21 AM 0 comments

assalamualaikum

hari ini entah dah puasa ke berapa, ape pun harap semua puasa kita diterima. kadang kadang ada syaitan ke takde syaitan ke, semua tu dari kita. bulan bulan puasa ni setan mana ada kadang2 terbuat juga salah, sengaja buat salah ke mmg nak buat salah. benda tu biasa tapi sama sama lah elak dari buat salah. maksudnya, sentiasa lah buat kebaikan.

aku ni dah lama tak update blog bebetul ni. selalu juga online tapi hati tu tak mengancam nak pi website blogger.com so secara otomatisnya aku takde la update ape ape cerita walhal hari hari ade je aku nak cerita. 

today is sunday. i have no words. supposedly aku dah kena balik ipoh ni tapi tak balik lagi ni. so jangan berharap la bus ade malam ni. mmg xde ye bus dari manjung ke ipoh malam ni so please please hopefully adela transpot nak balik nanti. malas nak pikir nak balik sbb memang takde hati nak balik sebenarnye. sebab pikir pasal kerja je so aku mmg kena balik.

lagi seminggu lebih sikit nak raya dah. so, aku tengok banyak persiapan orang dah on the way buat. persiapan aku manada ape apa tahun ni malas nak pikir sebab raya pertama pun aku kerja. malam tu baru boleh balik. hebat kan. ha, nak menjemputlah alang2 tu, ke majlis rumah terbuka negeri perak di kediaman menteri besar perak. datangla time raya pertama tu aku ada kat situ buat show. tu pasal tak boleh balik.

emm pasal blog yang dah agak berhabuk ni , aku ingat nak buat 2 functions. satu untuk personal and satu lagi untuk shopping blog. boleh tak korang? yelah. hidup lama lama kena makin berkembang. so kena la upgrade sikit. tak lama lagi ade duit lebih sikit aku nak website plak. skrg tgh ari template yg comel comel. so aku xnakla bazirkan study aku dalam bisnes n IT dulu kan. penah belajar buat website graphic and design so aku nak try test sikit nak buat website sendiri.

okayla. sekejap lagi aku nak berbuka dengan kawan kawan skolah ni. malas kan nak pikir nak balik. lepastu nak pegi jalan jalan kat uptown jap. ah malas nak pikir pasal balik. malas malas. esok isnin kena kerja. kalau pikir, stresss. okaylah. selamat berbuka. makan jangan gelojoh ye kawan kawan nnti kembung perut. padan muka.



imageimage

Wednesday, July 10, 2013

puasa ke dua :)

Posted by norzillawatie binti zahidin at 9:51 PM 4 comments
 assalamualaikum wbt
 apepun saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. harini hari puasa ke dua so amal amalkan la puasa elok elok. jangan bangun sahur makan, tengahari bangun tido pun makan beli kat mamak pakai platik hitam buat cover cover. tak mau tak mau okay. sebab yg salu buat camtu laki je so kalau laki laki buat camtu macamana nak buat suami nanti. hehe
pempuan takpe. boleh tak?
ha semalam kan puasa first so aku pi tolong tengok je mak aku berniaga kat bazar ramadhan stadium manjung. punyela sesak ramai orang tak tau nak katelah. baru puasa pertama. adoi. belum cukup sebulan lagi nak habis puasa da penuh. banyak makanan cepat habis. nampak sangat penduduk2 manjung ni makin bertambah. banyak beranak pinak agaknye. memang sesak gila. sesakkk ahhh serabut. terlanggar sana terlanggar sini. batal puasa.
mak aku jual kerabu kerabu. macam macam kerabu ada. kerabu mangga kerabu epal, kerabu betik atau song tam dan entah macam macam kerabu lagi aku pun taktau. banyak orang kelantan yang beli pun. so alhamdulillah jualan mak licin juga semalam. hebat! amin amin.
Photo: Kerabu mangga & kerang sold out kurang sejam selepas dibuka ... Alhamdulillah!

terliyor plak tengok
sabor. sabor

hari ni hari khamis. cuti. so esok aku masuk keje balik. pastu balik manjung balik. eh hebat juga perjalanan perantau macam aku ni. ha. lepastu nak cakap aku xpuas lagi dok manjung tibe tibe kena balik ipoh da petang ni. jap lagi nak buka puasa dengan paan. member aku.

so aku akan menanti kedatangan dia di medan kidd. pesan dia kalau lambat jangan nangis. taik nye paan kan. bestfreinds since belajar kat uitm. oh nama dia paan. nama sebenar farhana. hebat tak. hahah. malas nak tunjuk muka. nnti aku update blog lagi buka puasa dengan dia korang tgokla nnti. sape dia.

well saje aku nak nulih kat sini since dah lama tak update blog. korang janganla terbatal puasa plak tgok gambar dalam entry aku kali ni. kerabu je pun. ahahahha. 

selamat berpuasa.

imageimage

Sunday, March 24, 2013

alhamdulillah rezeki

Posted by norzillawatie binti zahidin at 11:28 AM 5 comments

assalamualaikum wbt

2.28am

aku nak bagitau tapi aku tak mampu. kadang kadang sembunyikan perasaan ni dalam hati macam letakkan diri dalam tong sampah yg terpaksa tutup hidung sendiri dengan bau bau sampah ah keliling pun sampah. keluar tong sampah pun rasa macam sampah juga dengan angin angin yg ada. semua macam sampah! patutke aku judge begitu?

sudahla zila. lupekan sengketa. 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sabtu baru ni, aku ke wedding kawan aku Wan Nur Atiqah. ni kawan aku dari kecik dari darjah 2 lagi kot. ko bayangkan umur kami skrg dah 24 tahun. dulu aku penah kawan ngan dia salu pi umah dia sebelum nak pi sekolah. best gila. mak dia pun baik. semua keluarga dia baik baik. apepun wan sori aku xleh lama ke wedding ko, sbb aku ada acara lain lepastu. and dalam diam diam terjumpe plak schoolmate gossipmate bisingmate aku si kenet ni Normi Zarifah cadbury cadbury so sweet. hehe. makin bulat! i miss u normi!

Photo: Terjumpe si kenet ni kat sini.rindunyeeeeeee :)

bila terjumpe mmg macam mak jemah tak penah jumpa anak dia. nomi! zila! ohmaigod. best gila betul jejumpe kawan kawan lama tak jumpe ni. i love you nomi harap boleh jumpe lagi. and aku juge tak leh nak lama. and yang gila nye jumpe nomi, dengan langsung tak tanye kaba aku sihat ke tak, dia terus mintak kamera nak tangkap gambar. bertuah betul punye budak. hehehe. buat tatapan dan kenang kenangan senang nak bagi kenal anak anak nanti. hahahhaa. comel nomi ni. bising dia pun comel. tapi bila dia gelak, ish ish lagi comelest!

then, lepas je ke balik dari wedding tu, aku terus ke satu tempat ni ke program Astro Fiesta Mesra Belia di Sitiawan, Perak dan aku melibatkan diri dengan aktiviti di sana dalam pertandingan karaoke. mmg best. dengan  19 handalan handalan karaoke yg masuk, aku agak tergugat, bila la aku nak menang ni kat manjung. i tried myself how far aku boleh pegi, asal masuk je tak menang, asal masuk je tak menang, kalau dapat pun ke final aje. so bila nak berubah kan asyik tak menang je. so aku pun dapat nasihat dari sifu sifu yg nyanyi, aku belajar and aku belajar dan cuba juga ceburkan diri lagi skali mencuba nasib dalam pertandingan karaoke.



alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, atas sokongan kawan kawan yang hadir, dan dengan lagu yg aku bawak dalam pertandingan tu, Di Persimpangan Dilema - Nora mendapat tempat di hati juri and aku jadi Juara Karaoke hari tu and bestnyeeeeeeeeeee. tq semua :)


tq pada kawan kawan yang datang like wan and wawa, meor, abg omar and bini and anaknye, dayat, fizz cizudin dan adiknye aten dan balaknye lan. time kasih yg sudi datang dan tq juga pada kawan kawan yg terjumpe yang turut bagi support. tak lupe juge pada ibu belia dan anaknye wani dan haikal dan opahnye juge yang turut menyokong dari belakang ketika tengah menjual barang2 rotan kat situ. so sweet. dan entah sape sape lagi yang aku jumpe yg turut bagi sokongan, terima kasih tau. 

dan selepas dari tu, aku pun gatai kena la tangkap gambar kan. ehehe. so kali ni da menang karaoke and after this aku kena sediakan diri dengan Battle Of The Band di Langkap pula. so aku tak tau la kan ape nak jadi nanti sbb masih lagi dengan prektis. hopefully korang doakan kejayaan aku. hanya Allah saja yang dapat membalas budi kalian semua. terima kasih sbb masih ada yang sayang saya. terima kasih mak yg turut bagi sokongan.

sayang semuanya. dari saya
OHZILA

imageimage

Wednesday, March 13, 2013

jangan bagi aku naik hantu

Posted by norzillawatie binti zahidin at 7:41 PM 2 comments

assalamualaikum

well mud tadek baik sekarang. aku rasa nak sepak sepak je orang ni tangan tengah gatal tengah ringan bila bila je nak hayun pun boleh. whatever lah pun nak bergurau batas batas takde ke? lu orang rockers maki hamun pun, yg menghadap korang skrg ni bukannya jantan ada pedang telor kat bawah. 

i dont like to talk rubbish here and bgtau ape masalah aku kat semua orang, but please at least respek dan jangan la sampai nak malukan depan semua orang. ai macam main api plak, lagi dinyala lagi tu ditabuh minyak petrol. aku tension betolla. nak cari gado dengan aku bertempat sikit boleh tak. terasa dihina kot. kalau stakat ade geng kat situ and show korang punye power kat situ secara berjemaah baik xpayah. korang tak tengok lagi power perempuan ni kat mana kalau marah. seee je la.

aku mmg marahla citenye. nak menyentap ke apa aku punye pasalla aku pempuan. korang menyentap tak macam klcc tu boleh terbalik pulak. sikit sikit sudahla bro, ce kalau mak kau kakak kau adik pempuan kau macik sedara ko kat situ kena pastu kau nak tengok je. hangin tak satu badan? 

bengang punye pasal, aku round satu lumut semalam aku pun xtau buat ape sengsorang je. aku mmg tensen citenye nak bergurau nak malukan orang bukak aib orang buat aku ni mcm jantan. aku taula aku ni kasar but doesnt mean korang boleh porak perandakan perasaan aku mcm tu je depan semua orang depan public la bodoh! nak aku tahan macamana lagi shit you!

then mintak maaf. kau ingat sori tu ape. its easy to be written, S.O.R.I. 4 huruf ni tak makna ape ape kat aku dah. aku tau at least ko ckp juge kan ha tapi lepas ni buat balik. tu yg aku malas nak lepak reramai. aku tau korang semua gelak kasar but at least tolong bg aku ruang sebagai seorang pempuan. kalau macam tu la lagi gaya korang sorila, hadap muka pun aku xnak. aku penat datang sampaikan berita gembira kat korang ni yang bg kat aku. suke kan korang bahan aku macam anjing kat situ? hell you!

semuanya atas satu gurauan. yes tapi ko penah dengar tak, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. ko masuk dalam belanga tu ko rasa la apa rasa susu tu. mmg tak jadi susu dah la. so bila korang buat aku camni, aku rasa takdela zila yang dulu dah. nak pujuk ke ape ke lantak korangla. seronok dah gurau, bahan aku lepastu malukan aku like aku ni patung takde perasaan sukahati korang je nak hentam aku camtu. seriously, nak tengok aku hangin, aku xmengamuk menjerit jerit. tapi aku rasa korang pun tau kan ape aku buat. so this is my power. suka aku la nak hadap tak nak korang punye pasal.

lepas ni korang nak ape p mampos kat korang. chow chin chow. belah lu.

imageimage

Tuesday, March 12, 2013

jack & the giant slayer 'A'

Posted by norzillawatie binti zahidin at 7:22 PM 0 comments
assalamualaikum

hye cik tipah dan rakan rakan seangkatan yang tak tidur lagi. well, dah macam aku cakap semalam, dah jadi macam satu kewajipan aku update blog after 2 pagi. pasaipa entah, kalau la dulu aku buat esaimen serajin aku nulih blog ni aku rasa distinction je memanjang. well, what's the story for today what have i done for today. it isn't much better but too much cool. you know why? i met my friend masa sekolah rendah dulu. her name is mashitah. she is pretty cool with her good attitude from top to bottom where i can say her heart is full of blossom that i really adored.

petang tadi she called me and ask to go out with me and we went out together and tengok wayang cerita jack and the giant slayers. how much you will rate for this movie please tell me. om om om. mmg nak tahu Big Cinema Sitiawan sangatla sejuk and i didnt bring any sweater with me sebab nak tgok wayang pun like unexpected activity tadi sebb we planned for mcd aje and thanks mashitah sbb belanje aku! i love you.

she is an ex-student of UTP, very clever fever mever whatever and a girl like her amik kos Electrical Engineering Instrumentation and sekarang dah jadi engineer kat Sapura Kencana. talk about Sapura ni menyampah juga rasanya sbb hari hari aku anta apply for any position kat situ through jobstreet tp satu pun tak dilayan. hampeh betul. and she said that xpayah guna jobstreet sbb tunggula bertahun pun komfom tak dapat. what the hell!!!!!!!!!!!!!

aku tengah radak cari kerja sekarang ni, jobstreet satu pun tak membantu. hangguk betoi. respon pun takde macam customer service nye tak buat keje je. so she said that banyak keje kosong dalam tu and aku sangat sangat nak keje dalam tu sbb yelakan kena reject keje kat Vale. pui. tapi xpe rexeki kan ada kat memana. whateverla now i want to try my best kat Sapura. please please. Mashitah please help me tau. 

oh talk about Jack and the Giant Slayers, ceritanya sangat cool, legend, mmg wow mmg A lah aku kasik. mmg best and the princess sangatla cantik. 



walaupun dia bukan hero, tp aku suke dia ni.
hensemnyeeeeeeee




gergasi tu. euwww. ada babak dia korek hidung pastu hisap balik
euwwwwwww jelik!

so kalau nak tau best ke tak pi la wayang berdekatan and gerenti lu orang mesti suke punye. tq mashitah and kawan kawan kamu yg lain sbb aku leh tgok cite ni harini. kalau x, aku tunggu adik aku beli hat cetak rompak le jawabnye.

well something yg aku jumpa di tumblr, i found these long sleeve shirts and warna kaler pattern dia sangatla lawa and how to get these shirts please tell me nom nom nom. nak nak! comel gila. well you know me, i love something cute to wear and cute on me even aku tak kiut pun.





comelkan :) so lovely

okeyla setakat ni story for today. awesome and love you! thank you!

imageimage

Monday, March 11, 2013

makan, berat badan, no diet

Posted by norzillawatie binti zahidin at 12:01 PM 3 comments

assalamualaikum semua :)


kepada sahabat sahabat yg disegani semuanya harap sihat sihat belaka. aku rasa mmg dah jadi terbiasa kot aku kena update blog setiap pukul 2 pagi ke atas. dah macam office hour plak skrg ni. kalau keje lebih masa tu ape org panggil OT. overtime. kepale hotak aku kan. kiah sangat. propaganda aku mestila nak meletupletip nak nak tang mukadimah ni.

well i want to show you something


kalau terliur please like like like like

waduh waduh waduh tak tertahan rasa nya perut ini. apesal aku rasa teramat lapar sangat lapar sangat dahaga sangat om om om padahal air mineral berbotol2 depan mata biskut banyak dalam peti ayam masih dalam tudung saji semuanya ada termasuk megi tapi masih lapar lapar lapar lapar tidak terperi. ini sangat menguji. om om om 

minum seteguk dulu hilangkan kelaparannnn yg sungguh maha dasyat tu. haih. well, i have to drink a lot of water to sustain my body to maintain my healthy macam macam la skrg so that aku takkan drastik gemuk begitu sahaja walaupun makan ayam kfc hingga menjilat jari om om om. mmg dah tersebut benda benda sedap tengah tengah pagi buta batak ni ape la boleh buat kan. kalau la kfc tu sebelah rumah aje. takyahla susah susah aku masak hari hari, amik bau je dah kenyang. om om ommmmm. sabar lagi.

talk about eat. its a must for us everyday. tak makan takda energy. tapi susah juga. makan sikit susah makan banyak pun susah. tapi as for me, selagi boleh makan, makan je. lantakla naik berat badan. kononnye lah pada suatu masa dahulu kan masa slim slim. skrg kau tengok pegi timbang berat badan kat mesin penimbang masukkan dua kupang dalam lubang nahhhhhhhhhhhhhhh 46.4kg. before this aku dalam 42-44 kg aje. naik banyak tuuu. aku pun agak terasa naik itu tapi tang naik tu aku rasa kat paha la.time pakai seluar its like fit sangat dan ketat. aku penggemar tegar seluar seluar dari baju dan aku mungkin akan rasa frust sbb macamana nak alter seluar jadi besar. T_T inikah satu benda yg aku harus bimbangkan? 



ini petanda suruh aku beli kinder bueno esok. damn!


kadar tak tahan semakin membuak nafsu semakin meluak banyak benda dah terjebak ayat tak nak sebak macam macam lah aku ni siti situ sana sini komplen komplen komplen. macam ni la cara makan, then ko gemuk lepastu nak diet? oh diet is not easy la man. nak kena berjogging tetiap petang lepastu buat work out sit up smash down smack down sana sini baru boleh kurus? macam tak penting je benda semua ni bagi aku. so no diet lah kan. 

well, aku bukan nak mengata gemok itu sesuatu yg buruk atau menggerunkan menakutkan dan mencuakkan but, sometimes people will look good bila dia gemok. happy family happy je hidupnye kan. makan pun xyah memilih tolak kayu batu je. gemok is normal actually but kalau bagi aku it is too awkward. hak masing masing la kan. ada benda yg ko suka tak sama dengan apa yg orang lain suka. gemok is pretty but cute but aku taknakla benda tu jadi kat diri aku walaupun lepas kahwin, sbb aku nak juga jadi macam kak ton lawa slim memanjang walaupun dah ada cucu cicit piut miut menten ko kak ton. nnt gua try la beauty umaira kak ton tu ye. barulah bahgia rumah tangga. slim kak ton ye.

well, once lah kata aku dah gemok, mungkin harapan aku nak beralmari macamni dah xde dah. huhu. aku tengah nak format balik bilik aku ni letak wardrobe cecantik for my shirts baju baju suar sume supaya nampakla eksklusif sikit kan lepastu dinding sume nak cat la apela. well, lepas belajar bila dah tengah ada kerja sekarang pakat2 la beli baju online kat Ohzila Shopping Online ye. ni la lagi satu benda yang gila. baju baju selaur kasut bag and this is sangat best if i had this one nanti.


smart seyh

 well, mungkin senang lebih macam ni. kalau lapar p makan kan? so makanla selagi boleh. nak jadi comel ke ape lantak korangla yg penting bersyukur what Allah dah bagi kat kita kan. so, jap. aku rasa nak komplen apsal la panas sikit malam ni. ke kipas banyak habuk berat. haih.esok kena cuci ni. memanjat le aku esok.

well kalau cakap pasal makan minum menjamah melahap mentekedarah semua mmg takkan cukup and pls dont let this one to be a big issue sbb senang je benda benda ni. nampak je ngap. kawan kawan please dont get it hard ye makanla selagi boleh. jangan rasa risau makanan habis ke, friends is around you.

tengok ni

_______________________________________


korang kena tau aku mmg suka post benda yg comel comel cenggini.
sekian dan selamat tidur

fnish : 2.59am

imageimage

Sunday, March 10, 2013

boyfriend is like 30th february. it doesnt exist, yet never exist.

Posted by norzillawatie binti zahidin at 2:10 PM 4 comments

assalamualaikum wbt



its me ohzila 

salam satu malaysia, well Lee Chong Wei dah kalah untuk All England tapi takpe coz Malaysians love you. dun werry about the lose but please be happy coz we are always be with LCW :) 

howowyou? sihat kan. baguslah. now 2.12 am

nothing to say. nothing to write on. aku tengok tv. tv tengok aku. sampai sudah tv je tengok aku. harapan dan perasaan tiada langsung di situ. what's in me. yeah. nothing interesting about me at all. i am 24 to be this year and it's just a mess i guess. dah macam meluah perasaan sendiri plak kat sini. ok stop it.

people ask me, bila nak kahwin. shit. then i answer "dono. eh kau blablabla minum kopi blablabla taknak order eh ko blabla makan ayam blablabla saiz suar bape and so on" malas nak layan. a lot of my friends dah kawin dah ada anak, dah dah semuanya, tinggal timang anak cucu je. so, is it okay for me? for what? for takde jodoh semua kenapa korang sembang macam tak tau ke takdir tu di tangan Tuhan. aku plak marah kan. ni bukan marahla just aku rasa bukan skali dua kali tiga empat lima enam tujuh dan seterusnya kali aku dengar, tp beribu kali aku dengar sampai telinga ni aku rasa kebas, lemas semua ada nak dengar asyik tanya benda yang samaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa je. lemau la gitu.

bukan nak marah ye kakak dan abang abang tapi sebenarnya target nak kawin tahun ni tak dapat nak achieve sbb itulah namanya takde jodoh. dengan sape tak yah tahulah. i want to forget it. ini bukan sesal sesal punya post om om om sedih sedih nak nangis putus cinta. eh tak tak okay. hati ni dah biasa org buat sakit hati skrg keraskan diri jangan sembang ape, cuba pikir nak kerja, cari nafkah hidup balas budi mak tak pun bawak adik adik g shopping jenjalan and makes yourself alive with your happy famili.


comelkan? 
whatever -..-



boleh macam ni?

aku ni ceritanya kalau dapat anak angkat, boleh stop dah cari laki. malas nak pikir. anak kucing pun xpela. single la sampai ke tua and just being taken by kitties. kucing yg ada ni pun kat umah aku, aku dok layan macam bby tau tak. ape yg aku dok cakap untuk acah acah bby, i used it back for my kucing. ayyo cannot go la.

and why i am so stubborn for this matter. i am the person, one in it that is not easy to love. pasaipa, hati keras dah mampus malas nak pikir. bkn aku nak yg perfect but simple je yet the most important is understanding dan memahami. satu lagi terimalah org tu seadanya. ni kalau itu tak leh, ni tak nak ape semua cara macam dah control hidup, ape ingat aku ni remote control? sori naik lori la. 


as for me. boyfriend is like 30th february. it doesnt exist, yet never exist. huhu, kalau pegang quote ni lelama, tak berlaki la aku, xde keturunan la jawabnye haha.


berubahle -..-
by the way am sorry this entry is boring.
imageimage


lagu saya

Celine Dion - The Power Of Love

Powered by mp3soup.com


Get your own Digital Clock

 

ohzila lova Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea