esaimen agama dah pon siap mata pon dah liplapliplap dah macam panda menahan tidor bermalaman 2 hari yang mengenangkan nasib tajuk agama yang agak complicated iaitu "Taubat Kembalikan Kemerdekaan Insan". bersengkang mata berkangkang ketiak berlumuran keringat dalam pale otak yang dah tepu tak boleh beridea menandakan oh kepala sudah jem. ram da makin slow hardisk otak da makin sempit dan perlu diformatkan dengan tidor berterusan 28 jam barangkali baru otak berjalan lancar dan lincir.
nak mengarang blog pon da macam xbole cakap ape nak cetus idea nak kluarkan cerita pun sdikit rumit seperti payahnya nak beli setem kat pekan nak antar surat sebab duduk di hujung kampung. lagi bertambah kusut masai pale otak macam penggosok periuk liukliuk dawainye bile telinga menahan kebisingan yang kalah pasarmalam hari rabu di pekan seri iskandar.
tapi kelegaan dan kemerdekaan dari mencoret esaimen yang penoh makna dalam hidop sangat memberi makna terulung sebab da tak perlu lagi nak tidor lewatlewat melainkan aku sendiri yang nak tidor lewat dan berovernite malammalam hari. sekarang pon da tak boleh nak berjalan sangat sebab musim test and exam and final pon semakin mendekati diridiri yang belajar di KPMSI.
si mata sepet berambut trojan berbucu tajam berperut sedikit buncit da sekarang siapa lagi kalau bukan mista nabil sangat banyak membantu dalam pembuatan esaimen agama jadi saya mengucapkan sekalung penghargaan terima kasih kerana pertolongan anda yang unlimited tuh. da macam heaven gile da life ceh padahal baru bebas dari genggaman esaimen yang penoh dengan lava ilmu. muto merce!
cukop!xpayah sembang kuatkuat!
0 comments:
Post a Comment