Tuesday, October 12, 2010

al-fatihah intuk ibu mira nadia

Posted by norzillawatie binti zahidin at 8:24 PM

jumaat 8 okt 2010
hospital slim river

aku pergi melawat mak pada kawan aku amira nur nadia yang sakit kanser paruparu. bersama mira, zuher, combi, afiq, ainun, anum and nabil kami berkonvoi dari seri iskandar ke slim river. melihat satu tubuh terkujur kaku membuat kan kami berasa sangat simpati apa yang menimpa keluarga mira lebihlebih lagi si penanggung sakit ibu mira.

kami hanya mampu mensedekahkan bacaan ayat suci al-quran da yasin beserta doa yang mengharapkan agar Allah swt memberi sedikit ruangan untuk ibu mira sembuh dan dalam keadaan baik.

kemudian kami pon pulang di malam hari.


isnin 11 okt 2010

aku and nabil bertolak dari seri iskandar menuju ke slim river untuk menghantar mira kepada keluarganya sebab mira tak sanggup ank tinggalkan ibunya dalam keadaan tenat dan nazak sebegitu. gara-gara ada masalah kereta yang sepatutnya kami bertolak pada waktu petang membuatkan kami mempostponkan masa sedikit ke malam hari.

driver aku. so aku agak susah hati kalau sampai lambat. so dalam pukol 11. 25pm kami sampai di hosp slim river. samasama naik ke wad dengan hati yang tak senang. takut. entah knape. ya Allah. kenapa ni? apa sebenarnya.

sampai kami di wad, ade makcik2 mira yang sedang bersembang duduk di tepi katil menjaga bonda mira yang doktor kata hanya kesekian hari yang xpunya banyak masa lagi untuk pergi. doc sudah tak mampu untuk berbuat apa2. sesampai je di sana aku pon melakukan solat isyak dan bacaan yasin untuk mama mira.

tiba pada suatu ketika...

12 okt 2010
selasa

ada seperti bunyian tulang2 yang agak kuat kedengaran dari bilik air masa aku amik wuduk..astaghfirullahalazim..mungkin inilah sakaratulmaut yang dikatakan...aku bergegas panggil misi on duty 4 dat nite, mata ibu mira da berkedip selajulajunya sambil bergenang airmatanya mungkin menahan sakit, bibir berketap2..lailahaillallah..kami sma2 mengucapakan kalimah tersebut di telinga ibu mira..aku membaca yasin..mudahmudahan kurang sakit untuk ibu mira hadapi..

sehabis aku membaca yasin tidak berpaa ketika aku tengok meter jantung makin lama makin nampak garisan panjang..makin lama makin panjang..ya ALLAH memang tunggu masa dan beberapa ketika sehinggalah ia menjadi garisan yang terus dan panjang..

innalillahiwainnailaihirojiun...

ibu mira dah xda. aku terkelu..adikberadik mira sungguh2 memeluk ibunya..ibunya meninggal di sisi anakanaknya..ya Allah..xsamapai sejam kami sampai ibu mira dah pergi buat selamalamanya..Ya Allah aku bersyukur sebab aku sempat bawa mira melihat ibunya buat kali terakhir..syukur..

tepat jam 12.22 pagi, ibu mira telah pergi mengadap Ilahi..marilah sama2 kita sedekahkan al-fatihah mudahmudahan ibunya ditempatkan di kalangan golongan orang yang beriman dan beramal soleh dan terlepas dari azab kubur..amin~~

keesokan paginya..

mandikan jenazah dibuat di bilik mandi mayat di hosp sahaja dan dibawa balik sekejap di rumah mira sendiri untuk tatapan buat kali terakhir di rumah dan disembahyangkan di masjid yang berdekatan..ya Allah kau cucurkanlah rahmat ke atas Allahyarhamah...amin~~

tak lama kemudian miss farah dan miss zura datang dan rakan2 sekelas serta staf2 KPM datang sebas bersama rakan2 kelas yang lain. ini juga adalah untuk memeberi semangat pada mira supaya die kuat menghadapi dugaan dan tabah. kehilangan ibu adalah kehilangan yang besar bagi sebahagian besar anak2 terutamanya anak2 perempuan. aku nangis. aku taknak hilang mak aku. even aku salu gado besar ngan mak..mak ampunkan along ye..along sayang mak..

kemudian dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan. bacaan talkin diperdengarkan untuk semua membuatkan diri merasa sedikit keinsafan. Ya Allah ampunkan segala dosa2ku ya Allah..
semuanya sempurna..kemudian kami pun pulang dan mengharapkan agar mira tabah dan kuat.
sama2lah kita sedekahkan surah al-fatihah kepada ibu mira..amin~~


al-fatihah

0 comments:

lagu saya

Celine Dion - The Power Of Love

Powered by mp3soup.com


Get your own Digital Clock

 

ohzila lova Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea